Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

My Hero Academia 396: All Might Kembali Melawan All For One! Hadir Dengan Rupa Baharu! [SPOILER]

Maira by Maira
August 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
My Hero Academia 396: All Might Kembali Melawan All For One! Hadir Dengan Rupa Baharu! [SPOILER]

Kredit imej: @Coloreomanga - Twitter

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah kita melihat pengakhiran kepada pertarungan antara Ochaco dan Toga, nampaknya manga My Hero Academia membawa kita kembali berjumpa All Might setelah kemunculannya secara tiba-tiba pada bab 386. Kita semua tahu bahawa dia sudah tiada quirk untuk melawan All For One tetapi All Might hadir dengan senjata baharu! Jom kita lihat apa yang terjadi dalam bab 396 My Hero Academia!

Sumber: Bones

AMARAN! Ada spoiler My Hero Academia bab 396!

Seperti yang ditunjukkan dalam bab 386, kita boleh nampak All Might memegang satu beg. Rupa-rupanya beg tersebut merupakan suit armor khas yang penuh untuk dipakai All Might. Hero itu memanggil dirinya sebagai “Armored All Might.” Memandangkan dia ke sana bersama Hercules, dia meminta keretanya itu untuk merekod pertarungan tersebut untuk Tsukauchi.

Sumber: Manga Plus

La Brava yang mendengar bahawa All Might akan bertarung dengan All For One memulakan siaran langsung untuk ditonton. Tsukauchi mula mempersoalkan keputusan All Might tersebut dan mengatakan tiada item yang boleh membantunya untuk menang melawan All For One. Dia juga meminta untuk La Brava untuk menghentikan siaran langsung itu kerana ia hanya akan menunjukkan kematian hero terhebat kepada dunia.

Sumber: Manga Plus

Walaupun begitu, All For One nampaknya fokus kepada All Might dan memanggilnya penghalang dalam hidupnya malah mainan terbaik untuk dimainkan. Dia memberitahu All Might bahawa rancangannya itu senang untuk diagak. Tetapi apabila melihat senyuman All Might, dia terus menyerangnya tanpa berfikir panjang.

Sumber: Manga Plus

All Might memanggil Hercules untuk membentuk perisai di hadapannya, dan menghentikan serangan daripada All For One. Sudah tentu perisai tersebut tidak akan bertahan lama, dan jika All Might diserang sekali lagi, mungkin dia tidak akan terselamat.

Terkejut melihat All Might mengelak serangannya itu, All For One sekali lagi cuba menyerang hero tersebut tetapi berjaya dihentikan oleh Blackwhip dan Chargebolt daripada suit All Might. Hero itu tahu bahawa AFO sering mulakan pertarungannya daripada jarak jauh untuk meletihkan lawannya sebelum mencuri quirk mereka.

Memandangkan All Might sudah tiada quirk, memang tidak menjadi masalah untuknya memberi serangan jarak dekat kepada villain tersebut. Dia mendedahkan bahawa suit serta kereta tersebut hanyalah untuk dia teruskan perjuangannya walaupun untuk masa yang sekejap. Dengan hadiah yang diterimanya oleh seseorang yang dikenalinya dahulu, dia akan terus berjuang.

Sumber: Manga Plus

Bab berakhir dengan All Might mengenakan serangan Shoot Style Smash kepada All For One sambil mengingatkannya bahawa tidak pernah sekali pun dia akan bertarung untuk kalah.


Tidak sabar untuk melihat sambungan kepada pertarungan hebat ini. Walaupun kita tahu All Might mungkin tidak lama, tetapi boleh agak bahawa Deku akan bersama mentornya nanti. Tetapi kalau Bakugo sempat sedar, itu juga sudah pasti mengejutkan pembaca nanti. Lagi pun sudah setahun berlalu sejak dia tumbang kerana kecederaan parahnya itu.

Satu perkara menarik yang kami sedar semasa bab ini, All Might menggunakan nama-nama quirk anak muridnya untuk serangannya. Mungkin lebih banyak lagi serangan lain yang akan didedahkan pada bab akan datang.

Kalau anda ingin membaca bab penuh My Hero Academia 395, boleh gunakan aplikasi dan laman web Manga Plus. Untuk mendapatkan berita menarik tentang manga, boleh klik pautan ini.

Tags: Manga spoilerMy Hero AcademiaMy Hero Academia 396
ShareTweetSend
Previous Post

Episod One Piece Gear 5 runtuhkan Internet! Semua laman anime mengalami “system down”

Next Post

Black Clover: Geng Black Bulls dapat guna kuasa anti-magic Asta, “power-up” besar!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Black Clover: Geng Black Bulls dapat guna kuasa anti-magic Asta, “power-up” besar!

Black Clover: Geng Black Bulls dapat guna kuasa anti-magic Asta, "power-up" besar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd