Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Black Clover – Asta & Yuno Cipta Takdir Sendiri, Pertarungan Finale Akhirnya Tamat (SPOILER!)

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Manga, Spoiler
0 0
0
Black Clover – Asta & Yuno Cipta Takdir Sendiri, Pertarungan Finale Akhirnya Tamat (SPOILER!)
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam manga Black Clover, pertarungan finale yang telah lama berlangsung menentang Lucius Zogratis akhirnya sampai ke penghujungnya di mana gandingan antara Asta dan Yuno berjaya menamatkan pemerintahan zalim antagonis utama ini.

Keluaran terbaharu yang merangkumi bab 387 hingga 389 telah membawa kepada penutup yang amat dinantikan bagi perang terbesar dalam siri ini. Berikut adalah kronologi pertarungan:

Bab 387: Limit Breakers

Bab bermula dengan serangan oleh Asta dan Yuno yang berhasil mencederakan lengan Lucius. Ketika itu, Lucius sedar bahawa kedua-dua pahlawan itu telah mencapai tahap “kesatuan” dengan pasangan masing-masing (devil Liebe dan wind spirit Sylph).

Ini pernah dikuasai Asta ketika berdepan dengan Lucifero, dan kini turut dicapai oleh Yuno, didorong oleh persaingannya dengan Asta.

Asta dan Yuno menyatakan bahawa sumber kekuatan mereka adalah perjuangan bersama, satu konsep yang mustahil difahami oleh Lucius yang bertindak bersendirian. Namun, Lucius dengan sombongnya menyembuhkan lengannya sambil mengisytiharkan dirinya sebagai Wizard Emperor yang tiada tandingan.

Medan perang kemudian beralih ke kawasan ibu kota. Di sana, Lucius mencabar keputusan Yuno untuk bertarung bersama Asta, yang dilabelnya sebagai “makhluk tidak sempurna” kerana tiada sihir. Yuno membalas bahawa sihir bukanlah ukuran; Asta adalah saingannya yang ingin dia atasi.

Jawapan itu menaikkan kemarahan Lucius, yang kemudiannya melancarkan serangan sambil menegaskan bahawa Asta adalah satu kesilapan yang perlu “diselamatkan”.

Asta menolak sekeras-kerasnya idea untuk “diselamatkan” itu. Dia menekankan bahawa setiap pengalaman dalam hidupnya, sama ada baik atau buruk, adalah hak mutlaknya dan Lucius tiada hak untuk mengubahnya. Pertembungan ideologi ini mencapai klimaks apabila Asta dan Yuno berazam untuk menjadi Wizard King.

Bab 388: The Hour of Judgment

Diiringi laungan semangat daripada Clover Kingdom, Asta dan Yuno berhasil mengheret Lucius bertarung hingga ke tengah lautan. Lucius berniat untuk menang dengan cara melemahkan mereka sehingga kehabisan tenaga.

Sedar bahawa kekuatan mereka hanya cukup untuk satu serangan terakhir, Asta dan Yuno mencari-cari ruang untuk melakukan serangan penamat.

Dalam keadaan terdesak ini, Noelle Silva tampil memainkan peranan penting. Walaupun tidak dapat menyertai pertarungan, dia mengerah seluruh tenaganya untuk melancarkan satu das tembakan air yang tepat (satu kemahiran yang sebelum ini sukar dikuasainya).

Tembakan tersebut tepat kena wajah Lucius, yang berjaya menyediakan ruang serangan yang sangat diperlukan.

Peluang keemasan itu tidak dilepaskan. Tanpa berlengah, Yuno melucutkan senjata Lucius, manakala Asta pula berjaya serang bahagian teras di dada lawannya. Ketika itu, roh Julius memberitahu Lucius bahawa masa untuk ‘diadili’ telah pun tiba.

Pertarungan itu diakhiri dengan Asta dan Yuno melakukan serangan terakhir yang menembusi badan Lucius.

Bab 389: The Ultimate Achievement

Di ambang maut, roh Lucius mempertikaikan kekalahannya kepada Julius, dengan berhujah bahawa wawasannya untuk sebuah dunia yang sempurna adalah yang terbaik.

Julius membalas bahawa ketidaktentuan masa depan itulah yang menjadi pendorong untuk manusia terus berjuang, dan semangat Asta dan Yuno telah menyentuh hati rakyat jauh lebih mendalam berbanding konsep “keselamatan” ciptaan Lucius. Selepas itu, roh Lucius lenyap sepenuhnya.

Kematian Lucius di ibu kota turut menyebabkan Moris hancur menjadi debu, dan sorakan kemenangan mula bergema di kalangan rakyat. Asta dan Yuno kemudian mendapati bahawa Julius ternyata masih hidup dan telah menguasai semula jasadnya.

Ini kerana serangan Asta hanya memusnahkan roh Lucius, manakala kuasa Yuno pula telah melindungi Julius.

Namun, kejayaan ini dibayar dengan harga yang sangat tinggi. Ibu kota telah musnah, dan ramai Magic Knights, termasuk Mereoleona, sedang di ambang maut. Sebagai tindakan terakhirnya selaku Wizard King, Julius telah mengaktifkan Time Magic untuk mengundurkan waktu.

Dia memulihkan semula ibu kota, menyembuhkan semua yang tercedera, serta menghidupkan semula semua yang telah mati (atau hampir mati) dalam perang tersebut.

Setelah mengerahkan seluruh tenaganya untuk pengorbanan ini, Julius akhirnya tumbang setelah mengamanahkan masa depan kerajaan kepada para Magic Knights. Mereka memberikan tabik hormat terakhir atas pengorbanannya, yang menandakan permulaan baharu bagi Clover Kingdom.

Tags: Black Clovermanga
ShareTweetSend
Previous Post

Mampukah PC Anda Jalankan Misi Pertama “007 First Light?” Ini Spesifikasi Rasmi!

Next Post

RPG ‘Mushoku Tensei: Chronicle of Echoes’ Diumumkan Untuk iOS & Android!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
RPG ‘Mushoku Tensei: Chronicle of Echoes’ Diumumkan Untuk iOS & Android!

RPG 'Mushoku Tensei: Chronicle of Echoes' Diumumkan Untuk iOS & Android!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd