BitSummit The 13th: Summer of Yokai, yang berlangsung dari 18 hingga 20 Julai 2025 di Miyako Messe, melabuhkan tirai dengan satu majlis anugerah yang sangat meriah pada 20 Julai.
Acara ini memberi penghargaan kepada game indie paling menonjol sepanjang festival. Sebagai festival game indie utama di Jepun, lebih 100 tajuk dipamerkan, namun tumpuan utama diberikan kepada para pemenang anugerah yang diiktiraf atas kreativiti dan inovasi mereka, hasil pilihan panel hakim industri serta undian komuniti.
Pemenang untuk kategori utama menyerlahkan pelbagai bakat luar biasa, Ia terdiri daripada:
- Vermilion Gate Award: Ratatan oleh Ratata Arts
- International Award: A Week in the Life of Asocial Giraffe oleh Quail Button
- Innovative Outlaw Award: Flip Panic! oleh Software Control Corporation
- Excellence in Game Design Award: Tournamentris oleh Studio ZeF
- Visual Excellence Award: Dreams of Another oleh Q-Games
- Excellence in Sound Design Award: Electro Bop Boxing League oleh Developer Dob
- Student Game Jam Award: Dream Mayday
Anugerah daripada penaja dan rakan media turut menonjolkan kepelbagaian kreativiti yang dibawakan oleh peserta:
- PlayStation Award: LOVE ETERNAL oleh brlka
- ID@Xbox Award: A Tiny Wander oleh DOUKUTSU PENGUIN CLUB
- Game Creators Guild Award: YaoyoroZoo
- Famitsu Award: HAUNTED STREAMER oleh PrankMaker
- Dengeki Online Award: Alabaster Dawn oleh Radical Fish Games
- Gadget Tsushin Award: Farewell, My Love oleh Team UZZ
- Game*Spark Award: Dreams of Another oleh Q-Games
- IGN JAPAN Award: Henry Halfhead oleh Lululu Entertainment
- 4Gamer.net Award: Never’s End oleh Hypersect
- VGC Award: Digital Exorcist oleh COOL BEANS PRODUCTIONS
- GameMakers Award: Fantasketch oleh Kiguteam
BitSummit 2025 sekali lagi membuktikan bahawa dunia game indie terus berkembang dengan semangat inovatif dan bakat luar biasa dari pelbagai latar belakang. Untuk maklumat lanjut tentang acara, sila layari SINI.









Discussion about this post