Pada tahun lepas, Bethesda mengumumkan yang The Elder Scrolls: Blades, akan dikeluarkan di telefon bimbit. Game ini pada mulanya telah set untuk dikeluarkan pada tahun 2018, tetapi kemudiannya ditangguhkan sehingga 2019. Tiada alasan yang diberikan oleh Bethesda, namun mungkin lebih banyak persiapan yang perlu dilakukan pada permainan tersebut.
We’re running a closed beta for The Elder Scrolls: Blades prior to Early Access. Find out what this means, plus the answers to various #Blades questions, here: https://t.co/onalmoSTUt pic.twitter.com/7b0jcGDy1H
— The Elder Scrolls (@ElderScrolls) March 1, 2019
Di Twitter, Bethesda mengumumkan yang closed beta untuk The Elder Scrolls: Blades akan siap sedia sebelum Early Access, yang telah ditetapkan pada musim bunga ini. Fasa test secara tertutup ini akan berada di bawah NDA iaitu non-disclosure agreement, yang bermaksud pemain yang terpilih tidak dibenarkan untuk mengambil screenshot, gameplay, ataupun berbincang mengenai apa yang mereka tengah main.
Closed beta ini akan available secara esklusif di iOS, dan Early Access pula akan didatangkan untuk kedua-dua iOS dan Android. Kedua-duanya akan diberikan game penuh untuk bermain. Namun, jangka masa sehingga bila closed beta itu akan keluar, masih belum diberitahu oleh mereka dengan jelas. Kepada pemain yang berminat untuk mendaftar bermain game tersebut boleh terus ke website Bethesda sendiri! Boleh juga check telefon apa yang game ni support!
Sumber: The Elder Scrolls
@gamersantaimy
Discussion about this post