Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bermain Counter-Strike di Nintendo DS? Eksperimen berjaya oleh peminat tegar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2021
in Artikel, Battle Royale, Berita, Fakta & Trivia, PC
0 0
0
Bermain Counter-Strike di Nintendo DS? Eksperimen berjaya oleh peminat tegar!

Sumber - Dexerto

Share on FacebookShare on Twitter

Ramai pemain pasti ingat akan game shooter Counter-Strike yang kita dulu main di cybercafe. Sehingga hari ini, ia masih kekal sebagai permainan yang popular, sehingga seorang peminat tegar berjaya mengadaptasikan permainan tersebut ke Nintendo DS! Bagaimana untuk bermain Counter-Strike di Nintendo DS? Mari kita lihat video di bawah:

Dimuat naik ke YouTube baru-baru ini, seorang peminat Counter-Strike bernama Fewnity telah menunjukkan apa rupa Counter Strike kalau dimainkan di Nintendo DS Lite. Video ini berdurasi lebih kurang 20 saat, tetapi itu pun sudah cukup untuk menunjukkan bagaimana permainan kelihatan di konsol klasik ini.

Apa yang mengagumkan adalah ia bukan sekadar adaptasi “standard“. Ia membolehkan pemain menggunakan stylus DS untuk membidik dan menembak, lantas manfaatkan kesemua ciri-ciri peranti sepenuhnya. Fewnity juga memberitahu bahawa dia akan melaksanakan banyak penambahbaikan untuk versi ini, supaya permainan akan terasa “up-to-date“.

Dikeluarkan pada tahun 2000, Counter-Strike, dan sekuelnya Counter-Strike: Global Offensive (CS: GO), yang keluar pada tahun 2012, adalah salah satu permainan yang memberi banyak nostalgia indah kepada para “gamer“. Pada mulanya ia hanya sebuah mod untuk Half-Life tetapi akhirnya menjadi permainan tersendiri. Dianggap sebagai sebuah klasik dalam genre FPS, ia juga memainkan peranan yang penting dalam dunia eSukan dan masih mempengaruhi permainan “shooter” walaupun sudah 20 tahun berada dalam pasaran.

Video di atas ditamatkan dengan sebuah pesanan pendek yang mengatakan bahawa Fewnity mengadaptasikan permainan di Nintendo 3DS sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-10. Bagaimana dia akan akan melaksanakan eksperimen ini? Saya pun tidak tahu, tetapi sudah tentu ramai yang ingin tahu bagaimana Counter-Striker akan berfungsi di peranti tersebut.

Counter-Strike boleh didapati sekarang melalui Steam. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

Sumber – Dexerto

Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO)
Release Date: 2012-08-21
Microsoft Windows
Counter-Strike: Global Offensive (CS:GO adalah permainan FPS yang dibangunkan oleh Hidden Path Entertainment dan Valve Corporation. Ia merupakan permainan keempat dalam siri Counter-Strike dan dikeluarkan untuk Microsoft Windows, OS X, Xbox 360, dan PlayStation 3 pada 21 Ogos 2012, manakala versi Linux dikeluarkan pada tahun 2014.
Tags: counter strikeCounter Strike Global OffensiveFaktaFewnityFPSklasikNintendo DSShooteryoutube
Previous Post

Spin-Off terbaru PUBG PC nampaknya akan menjadi PROJECT COWBOY?!

Next Post

Khabar Angin Final Fantasy RPG akan dibangunkan oleh Team Ninja dan inspirasi Dark Soul!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
Khabar Angin Final Fantasy RPG akan dibangunkan oleh Team Ninja dan inspirasi Dark Soul!

Khabar Angin Final Fantasy RPG akan dibangunkan oleh Team Ninja dan inspirasi Dark Soul!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd