Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Belum 24 jam, kempen Kickstarter Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes capai USD $1 juta (RM4.2 juta)!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 28, 2020
in 2.5D, Anime, Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Belum 24 jam, kempen Kickstarter Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes capai USD $1 juta (RM4.2 juta)!
Share on FacebookShare on Twitter

Kempen Kickstarter untuk JRPG baru Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes (Hyaku Eiyūden) oleh studio Jepun, Rabbit & Bear Studios, telah mencapai matlamat $1 juta untuk membangunkan permainan bagi pelantar PC dan konsol. Sejak bermula (dilancarkan semalam), kempen ini telah mengumpulkan sebanyak USD $1,335,144 (anggaran RM5,670,223.05). Berikut adalah video kempen Kickstarter mereka:

Rabbit & Bear Studios merancang untuk melancarkan game ini pada musim luruh 2022 dan sasaran USD $1,000,000 ini adalah untuk produksi permainan di pelantar PlayStation 5, Xbox Series X, dan Nintendo Switch (atau konsol Nintendo generasi seterusnya). Kempen ini akan berlangsung hingga 28 Ogos dan ganjaran bagi penderma merangkumi permainan video, butang sigil, soundtrack CD, T-shirt, soundtrack vinil, buku seni, figura, “Job” Reward Set, dan hadiah permainan peribadi.

Ini ialah kerjasama pertama antara Yoshitaka Murayama (Suikoden I, Suikoden II) dan Junko Kawano (Suikoden I, Suikoden IV) dalam 25 tahun. Murayama akan menulis skrip dan dikreditkan sebagai pereka permainan, dan Kawano adalah pereka watak. Osamu Komuta (Suikoden Tierkreis, Rphasodia) adalah pereka sistem dan bertanggungjawab atas arahan, dan Junichi Murakami (Castlevania: Aria of Sorrow, Hero Bank) adalah pengarah seni dan penerbit. Motoi Sakuraba (siri permainan Tales, siri permainan Golden Sun) dan Michiko Naruke (siri Wild Arms) akan menyusun muzik.

Latar belakang Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes:

Kisah ini bermula di satu kawasan Allraan, di mana pelbagai budaya dan bangsa berkumpul.

Dengan pedang dan dengan objek ajaib bernama “rune-lenses,” sejarah tanah telah dibentuk oleh persekutuan dan keganasan manusia, beastmen, elf, dan orang gurun.

Empayar Galdean telah mengalahkan negara-negara lain dan menemui teknologi yang memperkuat sihir rune-lenses. Kini, empayar menjelajahi benua untuk mendapatkan artifak yang akan mengembangkan kekuatan mereka lebih jauh.

Pada satu ekspedisi itu, Seign Kesling, seorang pegawai kerajaan yang muda dan berbakat, dan Nowa, seorang budak lelaki dari sebuah kampung terpencil,  bertemu dan menjadi kawan.

Namun, nasib akan menyeret mereka ke lembah peperangan, dan memaksa mereka berdua untuk memeriksa semula apa betul dan salah.

Eiyuden Chronicle: Hundred Heroes menampilkan lebih daripada 100 watak, sistem guild, dan pertempuran turn-based dengan party hingga enam watak. Posisi pertempuran adalah berbeza berdasarkan persekitaran, dan pertempuran juga merangkumi sudut kamera dinamik. Game ini juga mempunyai reka bentuk piksel dan grafik 2.5D beresolusi tinggi.

Tags: Eiyuden Chronicle: Hundred HeroesJRPGkickstarter
Previous Post

Dapatkan Call of Duty: Modern Warfare 2 Campaign Remastered PERCUMA dengan PS Plus

Next Post

Pelbagai yang menarik menanti~ Jom bersama meraikan ulangtahun ke-10 StarCraft II!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Pelbagai yang menarik menanti~ Jom bersama meraikan ulangtahun ke-10 StarCraft II!

Pelbagai yang menarik menanti~ Jom bersama meraikan ulangtahun ke-10 StarCraft II!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd