Bekas pemain profesional CS:GO, Jarosław Jarząbkowski atau lebih dikenali sebagai “pashaBiceps“, kini bersedia untuk membuat debut dalam sukan pertempuran sebagai pahlawan MMA (mixed martial arts) dalam rancangan HIGH League Season 2 pada 5 Februari 2022 di Krakow, Poland.
Bagi mereka yang tidak tahu, pashaBiceps merupakan seorang bekas pemain profesional Counter-Strike: Global Offensive dan Counter-Strike dari Poland. Pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Golden Five dan Virtus.pro, dia dikenali sebagai salah seorang pemain profesional CS:GO terhebat di dunia selepas memasuki senarai 20 pemain terbaik untuk tahun 2011, 2013 dan 2014 (merupakan ke-3 terbaik pada tahun 2014).
PashaBiceps kemudian bersara secara profesional pada 2019 tetapi tidak lama kemudian menandatangani kontrak dengan Team Liquid sebagai seorang streamer dan content creator.

Bakal membuat debut di Arena Tauron, perlawanan ini adalah sebahagian daripada HIGH League Season 2, sebuah kejohanan yang menampilkan lapan perlawanan antara beberapa selebriti dan influencer dari Poland yang popular di Instagram, Facebook, YouTube dan TikTok.
PashaBiceps telah menerima banyak sokongan positif daripada komuniti CS:GO di mana pemain-pemain lain seperti Olof “olofmeister” Kajbjer Gustafsson, Mohan “launders” Govindasamy, Gabriel “FalleN” Toledo, Jason “moses” O’Toole, Owen “smooya” Butterfield, Epitácio “TACO” de Melo, dan ramai lagi tampil dengan mesej untuk menunjukkan sokongan mereka.
Agak menarik untuk melihat seorang “gamer” CS:GO bertarung dalam gelanggang MMA tapi apa pendapat korang? Adakah dia boleh menang? Untuk segala liputan kami tentang Counter Strike, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post