Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bekas juara dunia LoL, ‘Toyz’ mengaku bersalah atas kesalahan mengedar dadah

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 21, 2022
in Artikel, Berita, Esports, Streamer/influencer
0 0
0
Bekas juara dunia LoL, ‘Toyz’ mengaku bersalah atas kesalahan mengedar dadah
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas juara dunia League of Legends (LoL), Kurtis Lau “Toyz” Wai-Kin, dilaporkan telah mengaku bersalah atas tuduhan pengedaran dadah di mahkamah Taiwan. Menurut laporan oleh Central News Agency Taiwan, bekas pemain pro itu didakwa mengedar dadah di internet dan akhirnya mengaku bersalah semasa menghadiri mahkamah pada 16 Jun lalu memohon maaf atas tindakannya dan menggesa orang lain untuk menjauhi dadah.

Toyz, yang ditemani oleh peguamnya Lin Tingyang, mendakwa bahawa dia mengalami tekanan yang ketara selepas keluar dari pusat pemulihan dan menyesali pendedahannya terhadap dadah.

Peguamnya berhujah bahawa memandangkan Toyz amat kekurangan dari segi pendidikan dan kerap berjalan antara Hong Kong dan Taiwan, dia tidak mengetahui sepenuhnya undang-undang di Taiwan.

Pada tahun 2019, Toyz dituduh membentuk sindiket dadah yang telah memperoleh dan menjual pod THC menggunakan internet. Menurut laporan dari September 2021, Toyz telah ditangkap di bawah tuduhan ini dan pemeriksaan telah dilakukan di rumahnya di mana mereka menemui ganja — yang merupakan dadah kelas dua di Taiwan.

Toyz akhirnya ditangkap oleh polis yang menyamar sebagai pembeli dadah sebelum memberkas bekas pro itu bersama tujuh rakannya yang turut terlibat dalam aktiviti haram tersebut. Buat masa ini, mahkamah masih belum menentukan bentuk hukuman.

Sepanjang tempohnya sebagai pemain profesional LoL, Wai-Kin atau Toyz bermain untuk Taipei Assassin dan membantu mereka memenangi Kejohanan Dunia Musim Kedua ke atas Azubu Frost pada Oktober 2012. Pemain berusia 29 tahun itu turut melatih Fnatic dan mengisi peranan pengurusan untuk Raise Gaming dan G -Rex. Sebelum kes ini, dia bekerja sepenuh masa sebagai influencer dan YouTuber.

Untuk segala liputan kami tentang streamer atau influencer, sila tekan pautan ini.

Tags: LolStreamerToyz
Previous Post

Fall Guys kini PERCUMA di PS, Xbox, Switch & PC – Download sekarang!

Next Post

Tony Hawk 3 + 4 remaster terkubur, Mungkin tidak kembali buat masa sekarang

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Tony Hawk 3 + 4 remaster terkubur, Mungkin tidak kembali buat masa sekarang

Tony Hawk 3 + 4 remaster terkubur, Mungkin tidak kembali buat masa sekarang

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd