Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Tony Hawk 3 + 4 remaster terkubur, Mungkin tidak kembali buat masa sekarang

Maira by Maira
June 21, 2022
in Artikel, Berita, Game, Sukan/lumba
0 0
0
Tony Hawk 3 + 4 remaster terkubur, Mungkin tidak kembali buat masa sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Game Tony Hawk’s Pro Skater 1 + 2 (THPS) yang telah dilancarkan Jun lalu telah mendapat banyak reaksi positif daripada pemain dan peminat. Sudah tentu ramai yang menantikan entri remaster untuk Tony Hawk 3 + 4, tetapi malang sekali pembangunan game itu telah dibatalkan. Perkara ini sendiri telah didedahkan oleh Tony Hawk semasa livestream di Twitch.

Menurutnya, selepas Vicarious Visions diserap masuk ke Blizzard, rancangan untuk membangunkan game remaster untuk Tony Hawk 3 dan 4 terpaksa dihentikan. Idea mengenai game itu telahpun dibincangkan sebelum pelancaran THPS 1 + 2, dan nampaknya idea itu telah terkubur selepas pembangun bergabung dengan Blizzard Entertainment. Kalau anda ingin tahu, Vicarious Visions sebuah studio pembangun yang terkenal dengan beberapa game lain seperti Guitar Hero, Spider-Man, Crash Bandicoot dan banyak lagi.

Apabila ditanya mengenai pembangunan remaster baru untuk Tony Hawk’s Pro Skater 3 + 4, Tony berkata bahawa game tersebut sudahpun dirancang tetapi dibatalkan selepas Vicarious bergabung dengan Blizzard. Ia bukanlah dibatalkan secara rasmi kerana Blizzard ada mencari pembangun lain untuk entri terbaru THPS. Malang sekali Blizzard tidak berkenan dengan semua idea yang dibentangkan oleh pembangun lain, lalu rancangan untuk game THPS 3 + 4 ini senyap serta-merta. Senang cerita, Blizzard tidak ada perancangan baru untuk game THPS. Vicarious pula terlibat dengan pembangunan game Blizzard lain seperti Diablo II: Resurrected yang dilepaskan September lalu.

Peminat sudah tentu kecewa selepas mendengar berita itu. Idea untuk remaster Tony Hawk ini mungkin boleh dikembalikan pada masa hadapan. Tetapi buat masa ini, game tersebut tidak akan dibangunkan. Anda boleh melihat stream Twicth tersebut di saluran andyTHPS melihat keseluruhan perbualan mengenai game ini. Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan liputan lain mengenai game, anime, teknologi dan lain-lain.

Tags: Tony Hawk's Pro Skater
Previous Post

Bekas juara dunia LoL, ‘Toyz’ mengaku bersalah atas kesalahan mengedar dadah

Next Post

Gameplay Warzone Mobile dibocorkan, seakan sama dengan konsol & PC

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Gameplay Warzone Mobile dibocorkan, seakan sama dengan konsol & PC

Gameplay Warzone Mobile dibocorkan, seakan sama dengan konsol & PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd