Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Beast of Reincarnation Bakal Datang Pertengahan 2026, Pandangan Pertama Gameplay!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 23, 2026
in Artikel, Berita, Microsoft, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Beast of Reincarnation Bakal Datang Pertengahan 2026, Pandangan Pertama Gameplay!
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas diacah melalui kod nama “Project Bloom,” Game Freak secara rasminya telah mendedahkan info terkini untuk IP baharu mereka, Beast of Reincarnation.

Judul “one-person, one-dog action RPG” ini sah akan dilancarkan pada musim panas (sekitar Jun hingga September) 2026 di PlayStation 5, Xbox Series X|S, serta PC melalui Steam dan Microsoft Store.

Penerbit Fictions turut mengesahkan bahawa game tersebut akan tersedia di Xbox Game Pass sejurus selepas pelancarannya.

Dikenali menerusi legasi berpuluh tahun mereka sebagai pembangun francais Pokémon, Game Freak kini beralih ke arah yang lebih gelap dan matang melalui judul aksi-pengembaraan ini.

Berlatarbelakangkan dunia yang hancur pada tahun 4026 Masihi, game ini menawarkan aksi lawan pedang yang pantas serta combat taktikal command-based, memfokuskan kepada pasangan unik yang cuba bertahan hidup dalam dunia yang dicemari oleh kerosakan alam sekitar yang dikenali sebagai “blight.”

Dunia Diambil Alih oleh Alam Semulajadi

Kisahnya memperkenalkan pemain kepada Emma, seorang gadis dijangkiti blight, yang telah memadamkan memori dan emosinya tetapi memberinya kebolehan untuk memanipulasi tumbuh-tumbuhan.

Disebabkan itu, dia digelar sebagai seorang “Sealer”—individu yang dipinggirkan dan ditugaskan untuk menyerap pencemaran daripada makhluk berbahaya. Rakan seperjuangannya ialah Koo, seekor anjing yang merupakan seekor “malefact,” iaitu raksasa yang mengancam umat manusia.

Berdasarkan maklumat terbaru, perjalanan pasangan ini bermula dari Timur menuju ke Barat. Matlamat mereka adalah untuk memburu “Beast of Reincarnation,” yang merupakan punca utama kepada segala blight tersebut.

Dunia dilihat sebagai watak antagonis utama. Blight bukan sahaja merosakkan hidupan, malah ia mampu mengubah bentuk muka bumi secara aktif.

Malefact gergasi yang dikenali sebagai “Nushi” boleh menghasilkan “blighted forest” yang tebal dan liar dalam sekelip mata, memaksa pemain untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan medan tempur yang berubah-ubah.

Untuk terus maju, Emma dan Koo harus menewaskan Nushi ini dan menyerap kuasa mereka bagi mendapatkan abiliti baharu untuk pertempuran terakhir.

Mementingkan “Tempo” Berbanding Refleks

Walaupun premisnya seperti game hack-and-slash biasa, Game Freak menekankan sistem combat berasaskan “tempo” yang fokus pada elemen aksi dan strategi. Emma menghadapi ancaman secara langsung dengan katananya, menggunakan mekanik parry untuk mengumpul mata sumber.

Mata ini kemudian digunakan untuk memberi arahan kepada Koo, di mana aksi gameplay akan diperlahankan seketika untuk pemain memilih abiliti daripada menu.

Pilihan ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pemain merangka strategi apabila terdesak, berbanding hanya bergantung kepada kepantasan refleks semata-mata untuk setiap pertembungan.

Customization dan Kebolehcapaian

Untuk menyokong sistem combat hibrid ini, game ini memperkenalkan “Spirit Stone,” iaitu item yang boleh mengubah fungsi abiliti berdasarkan tindakan semasa bertarung. Pemain juga boleh mencari pelbagai jenis katana dan charm melalui eksplorasi untuk menyesuaikan gaya tempur Emma dan Koo mengikut cita rasa masing-masing.

Bagi tahap kesukaran, Beast of Reincarnation akan dilancarkan dengan tiga mod: mod Normal, mod Hard, serta Story Mode. Mod terakhir ini mengurangkan damage daripada musuh dan memberikan masa parry yang lebih luas, membolehkan pemain fokus kepada penceritaan tanpa terbeban dengan kesukaran permainan.

Tags: Beast of Reincarnation
ShareTweetSend
Previous Post

Universal Studios Japan Bawa Pengalaman Pokémon Lebih ‘Immersive,’ Dengan Tarikan Bertaraf Dunia!

Next Post

‘Reboot’ Fable Akan Tiba Hujung 2026 —Bukan Eksklusif Xbox, Akan Menuju Ke PS5 Sekali

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
‘Reboot’ Fable Akan Tiba Hujung 2026 —Bukan Eksklusif Xbox, Akan Menuju Ke PS5 Sekali

'Reboot' Fable Akan Tiba Hujung 2026 —Bukan Eksklusif Xbox, Akan Menuju Ke PS5 Sekali

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd