Universal Studios Japan (USJ) dan The Pokémon Company telah mengumumkan satu pengembangan besar dalam kerjasama mereka.
Kedua-dua syarikat mendedahkan rancangan untuk projek berskala besar yang menawarkan pengalaman Pokémon yang “imersif dan bertaraf dunia”, sempena dengan sambutan ulang tahun ke-30 francais tersebut tahun ini.
Walaupun watak-watak Pokémon pernah muncul di taman tema Osaka sebelum ini, pengumuman ini menandakan satu peralihan skop yang besar. Sejak menandatangani kontrak jangka panjang pada tahun 2021, USJ telah menampilkan Pikachu dan rakan-rakannya dalam Perarakan “NO LIMIT!” serta pertunjukan Halloween bermusim.
Walau bagaimanapun, berita ini mengisyaratkan tentang pembangunan ‘tarikan kekal berteknologi tinggi’ yang direka untuk membolehkan pengunjung melangkah terus ke dalam dunia Pokémon dalam cara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini.

Walaupun projek ini akan membuat kemunculan sulung di Jepun, ia tidak akan terhenti di situ sahaja. Universal Destinations & Experiences mengesahkan bahawa selepas pelancaran di Jepun, tarikan baharu ini akan ditambah ke seluruh rangkaian global Universal.
Ini memberi potensi untuk kawasan bertema Pokémon di taman-taman Universal di Orlando, Hollywood, Singapura, atau Beijing pada masa hadapan.
Pemilihan pengumuman ini dirancang dengan teoat. Tahun 2026 menandakan genap tiga dekad sejak Pokémon Red dan Green mula diperkenalkan di konsol Game Boy pada tahun 1996.

Butiran khusus mengenai jenis permainan, tarikh pembukaan, atau lokasi spesifik untuk pelancaran global tidak didedahkan, tetapi pihak Universal menyatakan bahawa maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.









Discussion about this post