Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 18, 2026
in Artikel, Berita, DLC, DLC berbayar, Nintendo Switch 2, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Street Fighter 6 – Fighter Yasmine Dari Filipina Bakal Tiba 3 Ogos 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Capcom telah mengeluarkan gameplay trailer pertama untuk Yasmine, fighter asal Filipina yang bakal menyertai barisan roster Street Fighter 6 pada 3 Ogos 2026. Ketibaan beliau menandakan permulaan DLC “Year 4” secara rasmi.

Yasmine mula diperkenalkan pada awal Jun 2026 bersama barisan watak Year 4 yang menampilkan muka baharu dan watak tetamu. Sebagai watak pertama daripada empat fighter dalam pas musim ini, pelancarannya akan diikuti oleh:

  • Arjun (Lewat 2026): Bekas pegawai polis India yang melarikan diri, menggunakan teknik yoga bare-knuckle yang unik.
  • Tifa Lockhart (Awal 2027): Watak tetamu daripada siri Final Fantasy VII Remake.
  • Bosch (Pertengahan 2027): Watak utama daripada mod World Tour dalam Street Fighter 6.

Street Fighter 6 bersama kandungan Year 4 boleh dimainkan di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, PC (Steam), dan Nintendo Switch 2.

Latar Belakang dan Kisah Yasmine

Yasmine mencatatkan sejarah sebagai watak Asia Tenggara pertama yang mewakili Filipina dalam siri Street Fighter. Menggunakan seni bela diri Eskrima dan bersenjatakan pisau Karambit, reka bentuk default beliau diinspirasikan daripada warna serta simbol matahari pada bendera Filipina.

Dari segi latar belakang, Yasmine berlatih Eskrima bersama abangnya (Kuya) di bawah bimbingan datuk mereka (Lolo). Selepas abangnya hilang secara misteri, beliau mengambil keputusan untuk berhenti bertarung. Namun, segalanya berubah apabila beliau menonton video di “FooTube” dan melihat aksi lincah model serta jaguh judo Perancis, Manon. Terinspirasi dengan kekuatan tersebut, Yasmine kembali mengangkat senjata dan nekad mengembara untuk mencari abangnya.

Gameplay dan Moveset

Yasmine direka sebagai watak yang lincah dan gemar memberikan tekanan tinggi kepada pihak lawan. Kebanyakan serangannya mampu mengaktifkan Bayani Mode: fasa peningkatan kuasa sementara yang menguatkan lagi asakan beliau.

Antara Special Move beliau adalah:

  • Daloy ng Tubig: Kelaran pisau pantas ke hadapan yang digunakan untuk memulakan atau memanjangkan combo.
  • Alon: Serangan susulan selepas Daloy ng Tubig. Pengakhiran kelaran bertubi-tubi ini berbeza mengikut tahap kekuatan butang yang ditekan, di mana serangan yang berjaya mengenai musuh akan mengaktifkan Bayani Mode.
  • Talim ng Hangin: Putaran sapuan rendah ke hadapan. Langkah ini sesuai digunakan untuk merapatkan jarak atau memperdaya musuh, dengan serangan yang berjaya akan mengaktifkan Bayani Mode.
  • Mukha ng Langit: Lompatan ke hadapan untuk mengelirukan pertahanan lawan melalui pilihan serangan kelaran ke hadapan atau serangan berpusing secara terbalik dari arah belakang.
  • Lipad ng Agila: Serangan udara dengan sepakan bertubi-tubi.
  • Pangil sa Likuran: Projektil berputar yang dilemparkan pada kelajuan berbeza, memudahkan Yasmine mengejar musuh dan menembus pertahanan mereka.

Super Art

  • Hiwa ng Kalangitan (Level 1): Yasmine menyepak lawan ke udara sebelum menghempas mereka ke tanah, lalu terus memasuki Bayani Mode.
  • Nakatagong Lakas (Level 2): Buff sementara yang membolehkan Yasmine menggunakan Special Move tanpa keluar daripada Bayani Mode. Semasa fasa ini aktif, beliau juga boleh menggunakan Linya ng Liwanag—gerakan meluru pantas untuk menyerang lawan dari belakang.
  • Pamumukadkad ng Sampaguita (Level 3): Serangan ultimate di mana beliau memusingkan musuh dan mengumpul tenaga sebelum menamatkan kombo dengan serangan habis-habisan.

Cara Unlock dan Penyesuaian Watak

Yasmine akan unlock secara automatik pada 3 Ogos bagi pemain yang memiliki Year 4 Character Pass atau Year 4 Ultimate Pass.

Outfit 1 beliau menampilkan pakaian tradisional Eskrima. Manakala Outfit 2 yang menggayakan Yasmine dalam seragam sekolah boleh dibeli menggunakan Fighter Coin atau dibuka dengan memenuhkan Acquisition Gauge dalam mod Avatar Arcade.

Pelancaran Yasmine juga akan dikuti dengan kemas kini battle balance untuk semua watak Street Fighter 6. Capcom merancang untuk berkongsi senarai penuh kemas kini dan Battle Change List sebelum fasa server maintenance bermula pada hari pelancaran tersebut.

Tags: DLCStreet Fighter 6Yasmine
ShareTweetSend
Previous Post

FINAL FANTASY TACTICS – The Ivalice Chronicles – Update Baru Tambah New Game+ & Sistem Zodiac

Next Post

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke “Current-Gen”

Pemilik GTA 5 Di Konsol Lama Layak Terima Naik Taraf Percuma Ke "Current-Gen"

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd