Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Battlefield 2042 lagi bagus dari CoD Modern Warfare 2” – Bak kata Shroud!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2022
in Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Shooter, Streamer/influencer, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
“Battlefield 2042 lagi bagus dari CoD Modern Warfare 2” – Bak kata Shroud!
Share on FacebookShare on Twitter

Diakui sebagai salah satu “Twitch streamer” paling popular pada masa sekarang, Shroud berkata bahawa game Battlefield 2024 sebenarnya jauh lebih baik daripada Call of Duty: Modern Warfare 2 semasa satu live stream baru-baru ini.

Kisahnya bermula begini:

Shroud sedang live stream Call of Duty: Modern Warfare 2 apabila seorang rakan bertanya tentang keadaan keseluruhan game memandangkan ia sudah dilancarkan. Shroud tertanya-tanya sama ada peminat masih kecewa kerana terdapat banyak aduan tentang isu “game crash” dalam Modern Warfare 2.

Kemudian salah seorang rakan memuji visual Modern Warfare 2 dan berkata ia sangat mengagumkan, tetapi malangnya, beberapa aspek masih perlu dibetulkan. Di sini, Shroud bersetuju dan berkongsi perspektifnya sendiri. Malah sebelum ini, ada peminat yang bertanya soalan sama kepada Shroud jika dia lebih suka Modern Warfare 2 atau Battlefield 2024, dan akhirnya kita sudah ada jawapan.

Menurut Shroud, Battlefield 2024 dengan jelas mengatasi Modern Warfare 2. Walaupun dia tidak begitu menikmati Modern Warfare 2 seperti Battlefield 2042, bukan semuanya berita buruk. Dia berkata bahawa game dan model senjata nampak cantik, dan tidak ada apa yang salah dengan animasi.

“Ia nampak cantik. Model senjata nampak hebat. Animasi bagus. Tetapi… saya rasa saya lebih suka bermain… seseorang bertanya kepada saya sebelum ini jika saya rasa ini [Call of Duty: Modern Warfare 2] lebih baik dari Battlefield dan saya rasa Battlefield jauh lebih baik daripada ini… [Battlefield] yang baru punya.”

-kata Shroud.
https://www.youtube.com/watch?v=VnySamgRh6Y&ab_channel=WarzoneNation%7CBestMoments%26Clips

Modern Warfare 2 baru sahaja dikeluarkan tidak sampai satu minggu, tetapi telah menerima banyak campuran komen positif dan negatif. Setakat ini, ia adalah game Call of Duty yang paling laris dijual pada “opening weekend” tetapi selepas beberapa hari, ramai pemain mula meluahkan beberapa isu besar yang perlu diperbaiki.

Disebabkan itu, Infinity Ward baru-baru ini telah mengeluarkan patch update yang sepatutnya menyelesaikan beberapa masalah.

Bukan itu sahaja,, Shroud bukannya satu-satu streamer yang pernah mengkritik game itu. Beberapa hari lepas, Dr Disrespect telah Rage Quit semasa bermain Modern Warfare 2 dan terus uninstall game tersebut semasa live stream. Anda boleh lihat melalui video di bawah:

https://www.youtube.com/watch?v=H7ebiilKuhQ&ab_channel=WarzoneNation%7CBestMoments%26Clips

Jadi apa pendapat korang? Adakah CoD: Modern Warfare 2 betul-betul lagi teruk daripada Battlefield 2042?

Buat sesiapa yang berminat, Call of Duty: Modern Warfare 2 kini tersedia di PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S.

Call of Duty: Modern Warfare 2
Publisher: Activision
Developer: Infinity Ward
Announce Date: 2022-05-25
Apabila Call of Duty: Modern Warfare 2 dikeluarkan pada 28 Oktober, para gamer dapat mengalami dunia perang baru dengan 'Task Force 141' bersama Captain John Price, yang bakal ditemani oleh Simon "Ghost" Riley, John "Soap" MacTavish, Kyle "Gaz" Garrick, dan orang baru Colonel Alejandro Vargas.
Tags: Battlefield 2042COD Modern Warfare 2Shroud
Previous Post

Siapakah Black Panther baru? Biodata lengkap adik T’challa, Shuri!

Next Post

Senarai game paling popular sepanjang zaman CC! Mana satu kegemaran anda?

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Senarai game paling popular sepanjang zaman CC! Mana satu kegemaran anda?

Senarai game paling popular sepanjang zaman CC! Mana satu kegemaran anda?

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd