Dengan pelancaran Just Dance 2023, kami sempat juga untuk menyertai panel Ubisoft yang bercerita tentang proses-proses yang diambil untuk membangunkan entri terbaru untuk francais popular ini. Boleh dikatakan hampir daripada A sampai Z diceritakan. Ingin tahu bagaimana Just Dance 2023 dihasilkan? Teruskan membaca!
Bagaimana Just Dance tercipta bersama Claire Bourgene(Penerbit eksekutif) & Matthew Tomkinson (Direktor kreatif)
Pertama sekali, kita melihat semula kepada sejarah Just Dance, di mana motion gaming dan Nintendo Wii merupakan kegilaan pada 2009. Dengan perkembangan teknologi yang semakin pantas, Ubisoft cuab untuk menghasilkan game di mana pemain perlu mengikut pose pada skrin mengikut irama muzik dengan controller Wii. Dengan keluarnya Just Dance, ia telah menjadi game video muzik popular di dunia sehinggakan Presiden Obama dan BTS turut bermainnya. Kini sudah 18 lebih game yang telah dikeluarkan malah sudah 80 juta salinan terjual. Sosial media juga turut memainkan peranan kepada populariti game ini, dengan perkembangan terkini di mana hampir 24 billion tontonan di TikTok dengan hashtag #JustDanceMoves.
Pengenalan Just Dance dan Perubahan baru
Claire mengatakan bahawa jantung kepada Just Dance ialah magis tarian. Pasukan pembangun percaya bahawa ia bagus untuk mereka yang menari, yang ingin menjadikan mereka berasa lebih baik tentang diri mereka sendiri malah dapat berhubung dengan rakan mereka.
Terdapat juga impak positif yang ada pada Just Dance kata Matthew. Testimoni daripada pemain seluruh dunis ada mengatakan bahawa game ini membantu mereka hidup dengan lebih baik. Pasukan juga telah bekerja dengan ramai bakat berbeza dari seluruh dunia, seperti artis muzik, bakat kreatif seperti penari dan koreografer serta jenama hiburan besar.
Dia juga ada menyebut tentang mereka semula pengalaman untuk pemain bermula daripada arahan seni baru. Pemain akan melihat watak dan persekitaran yang lebih menyerlah dan berwarna-warni tetapi ia mempunyai ton yang lebih matang dan moden. Kesemuanya akan dapat dilihat dalam Just Dance 2023.
Dengan reka bentuk UI baru, ia bakal menarik pemain kepada kandungan, termasuklah sistem cadangan yang memberikan lagu terbaik dan pengalaman untuk pelbagai jenis pemain mengikut konteks. Bukan setakat itu sahaja, terdapat elemen visual yang hampir sama dengan platform penstriman terkini.
Untuk memendekkan masa pemain semasa mencari kandungan, Matthew ada menyebut tentang playlist yang boleh digunakan oleh pemain untuk menyesuaikannya dengan cita rasa tersendiri. Akan ada satu ciri yang akan ditambah oleh pasukan iaitu, Online Multiplayer Group. Pemain boleh bermain Just Dance di World Dance Floor sebelum ini, tetapi mereka tidak boleh memilih lagu atau memilih pemain yang anda mahu mainkan. Dengan Just Dance 2023, pemain kini boleh membuat kumpulan dengan sehingga enam orang dan memilih lagu yang anda mahu mainkan, mencipta pengalaman yang hampir sama dengan ruang tamu anda. Falsafah mereka “Semua yang anda boleh lakukan dalam Just Dance solo, anda boleh memainkannya dalam multiplayer”.
Pemain juga kini boleh berinteraksi secara dalam talian menggunakan sistem stiker malah boleh memberikan cadangan lagu yang sesuai semasa bermain dengan rakan. Mempunyai pemain mewakili diri mereka sendiri, pasukan pembangun memikirkan semula cara pemain boleh memilih avatar mereka. Sebelum ini, avatar yang terdapat dalam game ini lebih kebudak-budakan dan ringkas tetapi kini ia diilhamkan sepenuhnya oleh watak mereka sendiri, dengan avatar yang lebih maju.
Selain itu, pemain boleh memilih Dance Card, menyesuaikan border malah boleh memilih badge yang melambangkan pencapaian anda. Ini membuatkan setiap Dance Card unik. Untuk membuka kesemua kandungan, Just Dance 2023 telah mereka semula sistem progression, di mana setiap kami anda bermain, anda akan menerima lebih banyak XP dan akan lebih banyak progres melalui sistem level yang boleh membuka pelbagai ganjaran.
Terdapat juga lebih banyak kandungan seperti lagu, mod, cabaran, musim dan acara baharu yang ditambahkan secara beransur-ansur ke dalam game sepanjang bulan dan tahun. Claire menyebut bahawa matlamat untuk Just Dance 2023 adalah untuk menjadi batu pengasas baharu, mempunyai komuniti yang sentiasa berkembang sepanjang tahun. Ia akan terus berkembang dengan penambahan servis langganan baru yang dinamakan Just Dance+, di mana ia menyediakan 150 lagu tambahan.
Proses Memilih Playlist dan Lagu bersama Matthew Tomkinson (Direktor kreatif) & Helene Jeannin (Pengurus kandungan kreatif)
Bercerita tentang pemilihan lagu, Matthew ada menyebut bahawa dia dan produser kandungan Emmanuel bertanggungjawab dalam pemilihan lagu untuk ditambah ke dalam game. Dia telah berbincang dengan Emmanuel dan mengumpul pelbagai input daripada pasukan produksi, label muzik dan juga pemain. Proses pemilihan juga ada berkaitan dengan aspek berbeza lagu, boleh ditarikan atau tidak, keunikan lagu ataupun konsep yang dicari oleh pasukan selama ini.
Selain itu, pasukan juga ada mengambil cadangan daripada pemain Just Dance. Apabila mereka mendedahkan lagu di akaun media sosial, mereka sering melihat mesej pemain berkenaan lagu lain yang mereka suka daripada artis yang sama dan sebagainya.
Helene menambah tentang artis-artis yang mereka akhirnya boleh tambah ke dalam game seperti BTS, Taylor Swift, RuPaul. Dia juga berkata, apabila berkolaborasi dengan artis, mereka kadang-kadang mengambil bahagian dalam kolaborasi tersebut berbanding lagu mereka yang dimasukkan. Contohnya, Billie Eilish ialah pengarah artistik peta dalam game, di mana dia mempunyai peranan dalam visi kreatif untuk peta, latar belakang dan pakaian avatar.
Dia juga menambah bahawa pentingnya untuk masukkan beberapa artis tempatan dan serantau ke dalam game kerana “Muzik adalah Budaya”. Pasukan ini memastikan untuk memasukkan lagu hits tempatan dalam game pada setiap tahun yang tersedia untuk wilayah tertentu yang eksklusif. Berkenaan lagu cover pula, pasukan mempunyai hak untuk bahagian penerbitan tetapi bukan untuk bahagian “master”. Jadi beberapa senario di mana lagu-lagu yang ingin ditambahkan oleh pasukan tidak betul-betul mesra keluarga, yang mempunyai kata-kata kesat. Jadi pasukan meletakkan lagu cover.
Bukan setakat itu sahaja, proses ciptaan lagu original untuk Just Dance juga memerlukan perhatian. Pasukan mencipta ringkasan tentang lagu yang ingin dicipta dan mereka mempunyai jurulatih utama untuk menjadi penyanyi dan penari untuk lagu itu. Setelah selesai perancangan, pasukan akan bekerja pula dengan penyelia muzik di Ubisoft.
Konsep map bersama Matthew Tomkinson (Direktor kreatif) & Franck (Direktor kandungan)
Dah siap fikir tentang lagu, kita kena fikir pula tentang map game pula. Pasukan ini mula-mula menganjurkan sesi sumbang saran di mana mereka mengumpulkan seluruh pasukan kreatif. Mereka mula-mula mendengar lagu dan menonton video muzik, kemudian mengadakan sesi ringkas di mana mereka menulis idea mereka dan menyampaikannya kepada seluruh pasukan. Mereka akan mendapat inspirasi daripada semua jenis bahan seperti daripada rancangan TV, dan lain-lain dan itu akan menjadi titik permulaan perbincangan untuk penciptaan map. Franck menyebut bahawa pasukan itu akan mencipta papan cerita di mana mereka bekerja dengan pengarah seni untuk merangka idea mereka untuk setiap adegan dan mencipta sesuatu yang konsisten.
Terdapat beberapa kes di mana pasukan Just Dance akan cuba menceritakan kisah melalui map lagu seperti dengan lagu Taylor Swift “I knew you were trouble” di mana keseluruhan map adalah mengenai tarikh pertama antara seorang lelaki dan seorang wanita di mana pada mulanya mereka semakin rapat tetapi ia tidak menjadi baik pada akhirnya. Franck juga menyebut bahawa terdapat beberapa lagu di mana mereka tidak mengikut lirik lagu seperti “Physical” di mana lirik asalnya adalah tentang rayuan dan mereka telah memfokuskan map kepada senaman.
Dengan proses Environment Creation, Franck bercakap tentang papan mood yang dicipta oleh pasukan sebagai titik permulaan untuk reka bentuk grafik. Pasukan itu akan mengumpulkan rujukan imej dan menggunakannya untuk seni konsep map. Setelah semuanya dikira dan aset dibuat, mereka kemudian akan menukar aset tersebut menjadi 3D.
Just Dance 2023 Edition akan mempunyai senarai cerita di mana pemain boleh mengikuti cerita melalui map yang berbeza semasa bermain. Franck menyebut bahawa mereka mahu satu hubungan antara realiti dan alam semesta Just Dance. Watak utama bernama Sara, hidup dalam realiti di mana dia mahu menari tetapi terlalu malu untuk berbuat demikian, watak Wanderlust kemudian menjemputnya ke dunia Just Dance.
Reka bentuk Kostum Bersama Benjamin Jouffret (Pereka Kostum Utama dan Ketua Watak) & Rosalie Fouchet (Artis solekan utama)
Lagu dan map sudah siap, kini kita perlu pilih reka bentuk kostum dan solekan pula. Benjamin berkata pasukan telah mendapat inspirasi mencipta pakaian watak-watak Just Dance dengan berpandukan papan mood, di mana mereka mencari rujukan dalam dunia fesyen, filem, klip video, pertunjukan langsung, dan lain-lain. Begitu juga dengan solek dan gaya rambut sejak ia adalah sebahagian besar daripada proses reka bentuk. Selepas papan mood, muncul lakaran di mana pasukan menguji semua kemungkinan dan memilih reka bentuk yang paling relevan.
Pasukan ini juga memberi perhatian kepada trend budaya pop kerana ia memberi kesan kepada penonton yang ramai kerana Just Dance ialah game yang keluar setiap tahun. Benjamin menyebut bahawa matlamatnya bukan untuk mewakili artis dalam peta tetapi untuk memberi penghormatan kepada artis dan mencipta watak baharu yang hidup di Just Dance. Pasukan itu juga berunding dengan artis dan meminta input mereka untuk reka bentuk watak.
Benjamin juga menyebut bahawa kostum itu sebenarnya dihasilkan secara fizikal dan bukan 3D. Pasukan ini menggunakan teknik latar belakang skrin hijau khusus untuk mempunyai penari/pelakon sebenar yang menjejaki wajah dan emosi mereka untuk keaslian dan realisme.
Koreografi Bersama Estelle Manas (Direktor Koreografi), Celine Rotsen-Kitsais (Koreografer) & Jessy Osseux (Penari)
Sudah nama game, Just Dance, sudah tentu ada koreografi untuk setiap map. Kata Estelle, hanya ada satu koreografer untuk setiap map tetapi mereka juga ada bekerja dengan beberapa koreografer lain yang mempunyai gaya yang berbeza. Mereka juga mempunyai koreografer tetamu untuk menghasilkan map yang mempunyai gaya tarian tertentu. Semasa membuat map koreografi, Celine menyebut bahawa koreografer biasanya akan bekerja pada map dengan membina cerita yang sesuai dengan latar belakang watak.
Estelle berkata bahawa mereka akan bekerja dengan penari yang sama setiap tahun kerana mereka adalah penari yang bersemangat dan berdisiplin. Tetapi dia juga mengatakan bahawa mereka akan mengadakan uji bakat setiap tahun untuk menemui bakat baharu, atau apabila mereka mempunyai keperluan khusus. Contohnya, untuk Encanto, mereka mencari seseorang yang hampir sama dengan watak.
Jessy bercakap tentang ketika dia mula-mula mencuba peranan untuk Just Dance di mana dia terpaksa menghantar video koreografinya untuk dipilih. Dia terpaksa pergi ke bilik tarian untuk menunjukkan satu lagi koreo yang dibuat khas untuk Just Dance dan juga gaya bebas.
Satu peta dalam Just Dance mungkin mengalami beberapa kesukaran, Estelle menyebut bahawa adalah penting untuk memasukkan semua pemain, sama ada pendatang baru atau pemain yang suka menghadapi cabaran. Struktur koreo adalah penting, apabila map mempunyai banyak loop dan pengulangan, lebih mudah untuk pemain menghafal dan memadankan pergerakan. Walaupun lebih banyak map mempunyai bahagian yang unik, ia meningkatkan kesukaran map.
Estelle bercakap tentang proses pemilihan kreatif untuk koreografer untuk map di mana ia ditentukan oleh penari yang sesuai dengan mood, gaya, watak dan sebagainya. Setelah taklimat dihantar, Celine menyebut mereka akan pergi ke latihan pertama. Ianya penting kerana ia memberikan struktur untuk setiap pasukan bekerja sehingga akhir. Dia juga bercakap tentang semasa sesi ujian map dalam Just Dance, pemain akan menari semasa latihan, di skrin hijau dan pasukan akan menerima maklum balas untuk koreo.
Pasca-Produksi bersama Matthew Tomkinson ( Creative Director ) & Jerome Jomie ( Senior Video Artist )
Sekarang semua benda penting sudah tersedia, masa untuk kita perkemaskan dengan proses pasca-produksi. Jerome bercakap tentang peranannya sebagai artis video yang memberi kehidupan kepada latar belakang dan menghidupkan segala-galanya di skrin. Matthew bercakap tentang cara pereka peringkat mengambil bahagian dalam latihan dengan koreografer untuk memastikan semua gerakan layak untuk pemain dan pemain dapat menjaringkan mata dengan baik.
Jerome bercakap tentang langkah pertama penciptaan map, dipanggil “animatic”. Ia adalah bahagian penting kerana ia mentakrifkan semua proses penciptaan yang baik. Untuk mencipta animasi, pasukan membawa masuk semua elemen yang dicipta oleh artis 3D dan membina keseluruhan persekitaran. Selepas membawa masuk aset 3D, mereka kemudian mencipta animasi asas dengan kamera bersama-sama dengan menambah versi pertama latihan yang akan menjadi rujukan kepada seluruh pasukan.
Tambahnya lagi, proses animasi bermula dengan elemen pencahayaan yang dianimasikan secara langsung dengan muzik. Dia menyebut bahawa pasukan mencipta animasi selepas mendengar muzik berulang kali.
Matthew mengatakan bahawa mata dan sistem pemarkahan dalam Just Dance dilakukan oleh editor khusus yang mereka panggil editor tarian yang memecahkan lagu itu kepada beberapa bahagian gerakan yang berulang. Pasukan kemudian memutuskan permulaan dan penghujung pergerakan dan memberi mereka maklum balas skor, pasukan kemudian mengulangi proses itu supaya mereka tidak perlu membuat semula pemarkahan untuk setiap bahagian untuk keseluruhan lagu.
Gold move (pergerakan untuk mata bonus) kebanyakannya ditetapkan untuk gerakan yang paling ikonik atau berlaku sekali sahaja. Langkah terakhir pasca-production ialah mengarang, di mana Jerome menyebut adalah untuk membawa semua elemen bersama-sama.
Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini mengenai Just Dance 2023. Banyak juga proses yang perlu dilalui untuk menghasilkan game ini. Memang tabik betul dekat pasukan pembangun. Just Dance 2023 akan tersedia pada 22 November ini. Boleh lawati laman web rasmi untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenainya!
@gamersantaimy
Discussion about this post