Setelah sekian lama menunggu, Battle Pass untuk The International 2019 akhirnya tiba. Tema untuk battle pass tahun ini ialah ‘Overgrown, enchanted jungle ruins’ dan Valve sememangnya tidak menghampakan untuk melaksanakannya! Seperti biasa, battle pass ini akan membawa banyak perkara baru dan menarik. Pengumuman tersebut dibuat pada 7 Mei yang lepas melalui posting blog Dota 2.
The International 2019 Battle Pass has arrived — https://t.co/q8yEGaspy4 pic.twitter.com/tcTRozoZhl
— DOTA 2 (@DOTA2) May 7, 2019
Ciri-ciri terbaru dalam battle pass kali ini:
- Jungle Expidition
Jungle Expidition adalah serupa dengan Cavern Crawl pada tahun lepas, tetapi dengan tema baharu. Pemain akan bermain menggunakan hero yang berlainan di maze tersebut sehingga sampai di penghujung untuk unlock satu set hero tertentu. Tiga hero bertuah ialah Dazzle, Ursa dan Sven.
- Mo’Rokai Wrath
- Earthshaker Arcana: Planetfall
Pengguna battle pass yang mencapai level 365 akan mendapat arcana Earthcaker!
- Avoid Player
Ini adalah penambahan yang besar pada tahun ini untuk battle pass! Ramai pemain dari casual sehingga ranked yang meminta ciri seperti ini supaya mereka tidak memasuki match yang sama dengan pemain yang telah disekat. Permintaan mereka akhirnya terkabul apabila pemain tertentu boleh dielakkan dan tidak akan masuk satu match dengan korang lagi. Ini adalah penting terutamanya, pemain mengadu sikap sesetengah yang toksik dan tidak serius ketika bermain.
- Coaching
Coaching adalah ciri yang sudah lama berada dalam Dota 2, cuma ianya tidak digunakan selalu. Valve mungkin mahu pemain sedar betapa bermanfaatnya ciri ini dan akan memberikan Battle Points kepada penggunanya.
- Party Finder
Ciri terakhir dalam battle pass ini ialah Party Finder. Pemain tidak lagi perlu menambah pemain-pemain di Steam sebagai kawan untuk bermain Dota 2 dengan mereka. Hanya tambahkan mereka ke pilihan ‘Party Finder’, dan apabila korang bermain online dan ingin buat party sendiri, pilihan ini membolehkan korang untuk menghantar dan menjemput kepada semua orang dan sesiapa sahaja yang juga sedang mencari party untuk disertai.
Harga Battle Pass
Battle Pass ini menawarkan akses kepada kandungan eksklusif, ciri-ciri terbaru, ganjaran, dan membantu dana untuk hadiah terkumpul The International. Ada beberapa lagi penambahan baru yang tidak dinyatakan di sini, untuk maklumat lanjut korang boleh baca di blog Dota 2! The International 2019 akan bermula pada bulan Ogos tahun ini!
Sumber: Dota 2
@gamersantaimy
Discussion about this post