Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bandai mendedahkan jalan cerita, watak utama dan sokongan dalam trailer gameplay Tales of Arise

Amir Haziq by Amir Haziq
June 1, 2021
in Genre, JPRG, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Bandai mendedahkan jalan cerita, watak utama dan sokongan dalam trailer gameplay Tales of Arise
Share on FacebookShare on Twitter

Tales of Arise akan mula tersedia pada 9 September 2021 untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox One, Xbox Series X|S dan 10 September 2021 untuk PC melalui Steam di Asia Tenggara. Game ini menandakan kemasukan baru dalam siri Tales yang telah membangun warisan selama lebih dari 25 tahun dan evolusi seterusnya untuk francais JRPG. Baru-baru ini, Bandai Namco telah mendedahkan sebuah trailer baru serta beberapa screenshot untuk Tales of Arise, dan aset baru ini lebih memfokuskan mengenai gameplay serta latar belakang cerita.

Bandai Namco telah menunjukkan watak-watak utama Mystic Art, serta watak pembantu baru yang berlawan bersama parti utama dari cutscene Tales of Arise. Dalam trailer tersebut juga, mereka mempamerkan Mystic Arts untuk empat watak utama:

  • Alphen merupakan watak protagonis yang mengembara untuk membebaskan planet Dahan dari pemerintahan Renan dan meruntuhkan dinding pemisah selepas bertemu Shionne.
  • Shionne merupakan watak heroin dari planet Rena yang dianggap sebagai pengkhianat dari kalangannya. Niat sebenar pengkhianatan Shionne dan  usaha pembebasan Dahna masih belum diketahui.
  • Rinwell merupakan gadis dari Dahnan dimana keluarganya terkenal dengan kemampuan menggunakan sihir mereka, yang pada asalnya hanya boleh digunakan oleh Renan. Dia bersembunyi dari Renan dan Dahnan, serta menanam kebencian yang kuat pada Renan ketika mengikuti Shionne.
  • Law merupakan ahli seni mempertahankan diri dari Dahnan yang mengkhianati kalangannya dengan bekerja bersama Serpent’s Eye Renan. Law akan seringkali muncul dalam kostum bonus eksklusif dan mendedahkan Mystic Art-nya, tetapi masih belum disahkan lagi sama ada dia menyertai parti.

Selain itu, trailer yang dikongsikan ini lebih fokus untuk menjelaskan bagaimana Rena berjaya menjajah Dahna selama 300 tahun. Renan menjajah planet yang subur menggunakan raksasa dan memisahkan mereka dengan tembok pemisah. Rena turut menghantar pasukan Renan di setiap wilayah serta menghambakan Dahnan untuk mengambil sumber semula jadi planet mereka sehingsa mengubah sifat atmosfera tempat tersebut.

Di samping itu, beberapa rakyat Dahnan telah membentuk pasukan gerakan penentang dari setiap wilayah dan pasukan Alphen mengunjungi mereka untuk menawarkan bantuan bagi mengalahkan Rena. Namun, tidak semua rakyat Dahnan bersetuju dengan gerakan ini kerana ia menyebabkan Renan mengetatkan lagi kawalan dalam wilayah.

Bandai turut mendedahkan ahli sokongan dalam parti Alphen, iaitu Zilva yang merupakan ketua gerakan penentang Crimson Crow. Zilva sangat dipercayai oleh subordinatnya kerana mempunyai kekuatan dan kebolehan menenangkan situasi serta mampu memberi arahan kepada pasukan.

Berikut adalah perkongsian screenshot dari cutscene Tales of Arise yang dikongsikan oleh Bandai:

 

1 of 15
- +

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Tales of ARISE dan produk lain dari BANDAI NAMCO Entertainment Asia sila lawati laman web rasmi , atau ikuti di Facebook dan Twitter.

Tags: Bandai NamcoJRPGtales of arise
Previous Post

MSI x Intel bakal mengeluarkan ’11th Gen TGL-H mobile processor’! Maksimumkan kecekapan & produktiviti untuk pelbagai tugas!

Next Post

Siri manga terlaris di Jepun pada 2021 (separuh pertama) didedahkan!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Siri manga terlaris di Jepun pada 2021 (separuh pertama) didedahkan!

Siri manga terlaris di Jepun pada 2021 (separuh pertama) didedahkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd