Buat kali pertama, band kawaii metal BABYMETAL membuat persembahan di Malaysia sempena World Tour 2023! Persembahan BABYMETAL, yang berlangsung pada 4 Jun 2023 lalu di Zepp Kuala Lumpur, telah mengegar seramai 2,000 peminat sepanjang persembahan itu, untuk mewujudkan suasana yang sangat meriah dan bersemangat di konsert itu.
🇲🇾 METAL, thank you for the wonderful night! You’ve gave the girls a very memorable night with your enthusiasm and we hope everyone had a blast last night too!
Hope to see everyone again soon!#BABYMETALinKL #BABYMETALWorldTour2023 #SUMETAL #MOAMETAL #MOMOMETAL #BABYMETALinKL pic.twitter.com/LzlMofMfbu— iMe Malaysia (@imemalaysia) June 5, 2023
Ditubuhkan pada 2010, BABYMETAL terdiri daripada SU-METAL, MOAMETAL dan MOMOMETAL. Band ini terkenal dengan lagu-lagu hit Gimme Chocolate!!, Monochrome, dan Head Bangya!! di mana mereka menggabungkan genre heavy metal dan idol Jepun untuk mencipta genre baharu sendiri bernama “kawaii metal”.
Selepas mengeluarkan album terbaru mereka “THE OTHER ONE” pada 24 Mac lalu, BABYMETAL memulakan World Tour 2023 mereka pada bulan Mei dengan membuat persembahan berturut-turut di Indonesia, Thailand, Hong Kong, Taiwan dan Malaysia sebagai perhentian terakhir untuk World Tour di Asia.
Seperti saya kata tadi, konsert mereka di Kuala Lumpur telah dihadiri oleh 2000 peminat, termasuk pengunjung dari negara lain. Malah, band kawaii metal itu turut membuat persiapan tambahan seperti reka bentuk pentas dan special effect untuk “set list” bagi memastikan peminat datang dengan puas hati dan menikmati kandungan pada malam itu.
Konsert “BABYMETAL WORLD TOUR 2023” di Kuala Lumpur, dengan kerjasama iMe Malaysia sebagai penganjur, bermula apabila ketiga-tiga ahli band datang ke pentas sambil memakai topeng “kitsune” (musang) yang terkenal. Dalam Bahasa Melayu, mereka mengucapkan “Selamat Datang, Malaysia” kepada peminat dalam Bahasa Melayu, malah bertanya jika kita “Sudah Makan?”.
Di bawah adalah “Set List” bagi konsert “BABYMETAL WORLD TOUR 2023” di Kuala Lumpur:
- BABYMETAL DEATH
- Megitsune
- Iine!
- Shanti Shanti Shanti
- Believing
- Mirror Mirror
- BxMxC
- Monochrome
- Distortion
- PA PA YA!!
- Gimme Chocolate!!
- Road of Resistance
- Divine Attack – Shingeki –
- Ijime,Dame,Zettai
BABYMETAL mengekalkan adrenaline peminat yang tinggi sepanjang konsert selama 1 jam 30 minit itu, terutamanya semasa persembahan lagu-lagu hit mereka. Sebelum menamatkan konsert, BABYMETAL mengucapkan terima kasih kepada semua peminat atas sokongan mereka dengan berkata:
“Terima kasih kerana sudi datang, seronok dapat berjumpa dengan semua orang.” dalam Bahasa Inggeris diikuti dengan “Terima Kasih, Jumpa Lagi!” dalam Bahasa Melayu.
Baca segala berita dan liputan kami tentang BABYMETAL di SINI.
@gamersantaimy
Discussion about this post