Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan tiba di Fortnite – main sebagai Eren Yeager!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 13, 2023
in Android, Anime, Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, iOS, Mobile, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Attack on Titan tiba di Fortnite – main sebagai Eren Yeager!
Share on FacebookShare on Twitter

Fortnite Chapter 4 Season 2 akhirnya tiba dan nampaknya akan menampilkan kolaborasi istimewa bersama siri anime terkenal, Attack on Titan. Walaupun sebahagian daripada info ini telah dibocorkan, Epic Games mendedahkan video gameplay rasmi yang menunjukkan gambaran lebih jelas tentang kolaborasi ini.

Pada minit 01:00, kita boleh melihat Eren Jaeger berdasarkan penampilan mudanya sebagai Survey Corps dalam anime. Daripada segi gameplay, Epic Games menambahkan ‘Omni-Directional Maneuvering Gear’, peralatan yang digunakan oleh Survey Corps semasa melawan Titan.

Dengan menggunakan ‘ODM Gear di dalam Fornite, pemain boleh menembak cangkuk ke arah objek yang kemudian menarik pemain ke arah objek tersebut (ini termasuk pokok, bangunan, dll). Jika mahir, ini memberikan tahap mobiliti lebih tinggi di dalam game untuk pemain merapatkan diri dengan musuh, pergi ke lokasi lebih strategik yang sukar dicapai, atau melarikan diri.

Jadi, bagaimana kita boleh mendapatkan skin Eren Jaeger dalam Fortnite?

Malangnya, skin ini belum tersedia di Fortnite dan dikhabarkan akan tiba pada 15 April 2023. Skin ini juga bukan percuma, dan untuk memilikinya, orang ramai perlu membeli Battle Pass bagi Season ini. Berikut adalah barangan kosmetik yang dihasilkan untuk kolaborasi Fortnite x Attack on Titan:

  • Faceoff Spray (Eren)
  • Basement Key Back Bling
  • Scout Regiment Salute emote
  • Titan Strike Harvesting tool
  • Determined Eren Emoticon
  • Regiment Gear gun wrap
  • Banner Icon
  • Eren Jaeger outfit

Selain kolab bersama AOT, Fortnite Chapter 4 Season 2 (digelar sebagai MEGA) membawa banyak lagi penambahan baru termasuk suasana neo-Tokyo, Battle Pass baharu, kenderaan, senjata dan banyak lagi.

Buat sesiapa yang berminat, Fortnite kini tersedia di mobile, PC, PS4, PS5, Switch, Xbox One dan Xbox Series X/S.


Gamer Santai juga sedang mengadakan giveaway di mana korang boleh memenangi PS5 Digital Edition! Nak tahu cara-cara untuk sertai? Baca SINI!

Join giveaway kami di sini: https://t.co/Ia4zamY80x

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) March 8, 2023
Muat turun di sini
Fortnite Mobile
Publisher: Epic Games
Developer: Epic Games
Release Date: 2017-07-21
Android, iOS
Fortnite Battle Royale ialah permainan First-Person Battle Royale oleh Epic Games di mana 100 pemain bertarung untuk menjadi juara terakhir.
Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeAttack on TitanErenFortnite
Previous Post

Dr Stone Season 3 Akan Tayang 6 April Ini! Trailer Baru Turut Didedahkan!

Next Post

Barisan atlet perempuan wakili Malaysia dalam Mobile Legends: Bang Bang Sukan SEA 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tamadun Mana Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

June 30, 2025
Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!
Panduan

Panduan Civilization: Eras & Allies – Tier List Untuk Semua Pemimpin & Tokoh!

June 30, 2025
Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!
Panduan

Panduan Kod Civilization: Eras & Allies – Senarai Kod Aktif & Cara Menebus!

June 30, 2025
Next Post
Barisan atlet perempuan wakili Malaysia dalam Mobile Legends: Bang Bang Sukan SEA 2023!

Barisan atlet perempuan wakili Malaysia dalam Mobile Legends: Bang Bang Sukan SEA 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd