Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atomic Heart Kembali dengan DLC Ketiga “Enchantment Under the Sea” – Kini Tersedia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 29, 2025
in Artikel, Berita, DLC, PC, PS4, PS5, Shooter, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Atomic Heart Kembali dengan DLC Ketiga “Enchantment Under the Sea” – Kini Tersedia!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Mundfish Studio dan 4Divinity mengumumkan pelancaran DLC ketiga Atomic Heart, “Enchantment Under the Sea”.

Kisah terbaru ini, yang boleh didapati sebagai sebahagian daripada Atomic Pass, membawa pemain kembali kepada elemen gameplay utama yang digemari ramai. Ia menyelami lebih dalam kisah selepas kempen utama sambil meneroka kawasan baru di Facility 3826.

Pemain akan menemui Neptune Research Center di bawah air, berhadapan dengan ancaman makhluk laut yang menakutkan, dan menggunakan senjata serta keupayaan sarung tangan baru dalam pengembaraan penuh aksi ini.

Bongkar Rahsia di Sebalik Facility 3826

Kredit: Mundfish Studio

“Enchantment Under the Sea” membawa pemain semula kepada akar gameplay penuh aksi yang membuatkan Atomic Heart salah satu permainan paling menonjol pada tahun 2023.

Bersama dengan seorang Twin, pemain akan meneroka Neptune Research Center yang misteri, menyelesaikan teka-teki, dan membongkar rahsia untuk menyelamatkan manusia daripada masa depan yang suram. DLC ini juga membawa pemain ke lokasi ikonik seperti bandar terbang Chelomey, yang kini telah berubah secara drastik.

Dahulu simbol harapan, Chelomey kini berada di bawah pemerintahan kejam seorang Robogirl raksasa yang wajahnya mungkin dikenali peminat.

Kredit: Mundfish Studio

Senjata Baru, Abiliti Baru, dan Ancaman Berbahaya

Kedalaman laut Facility 3826 dipenuhi dengan bahaya baru, termasuk robot Facility yang lebih canggih, kawanan makhluk laut mutan, dan MOR-4Y yang mengerikan, menunggu di kegelapan untuk menyerang. Untuk menghadapi ancaman ini, “Enchantment Under the Sea” memperkenalkan dua senjata baru:

  • Thunderclap: Sebuah tukul berkuasa tinggi yang memanfaatkan arus elektrik untuk meningkatkan kekuatan serangan.
  • KM-4 Kuzmich: Senapang patah dua laras dengan pola tembakan boleh ubah, sesuai untuk melawan kumpulan musuh besar.
Kredit: Mundfish Studio

Senjata-senjata ini dilengkapi dengan dua abiliti sarung tangan baru untuk meningkatkan pengalaman gameplay:

  • Blaze: Skil polimer api yang membolehkan pemain melemparkan bebola api dengan damage area-of-effect.
  • Whip: Sebuah alat cangkuk yang membolehkan P-3 menarik dirinya ke arah musuh, menyerang, serta mencapai kawasan yang sukar dicapai sebelum ini.
Kredit: Mundfish Studio

Kembalilah ke dunia dystopia Atomic Heart dengan “Enchantment Under the Sea”, kini tersedia di PS5, PS4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC. Dapatkan Gold atau Premium Edition, atau Atomic Pass, untuk mengakses semua DLC termasuk pengembaraan bawah air ini dan expansion terakhir yang akan datang.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi Atomic Heart Asia.

Tags: atomic heartDLCEnchantment Under the Sea”
ShareTweetSend
Previous Post

Menyelami Dunia Mecha “SYNDUALITY Echo of Ada” – Interviu Khas Bersama Yosuke Futami!

Next Post

Sony Interactive Entertainment Lantik Hideaki Nishino Sebagai Presiden & CEO Baharu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius
Temuramah

Meneruskan Legasi Terhenti, FINAL FANTASY RESONANCE Tawarkan Pengalaman Lebih Megah Daripada Brave Exvius

September 4, 2026
GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition
Berita

GUNDAM ROGUE ORBIT Akan Tiba 5 Mac 2027 Bersama Gunpla Khas Collector’s Edition

September 4, 2026
Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027
Berita

Game Terakhir Dalam Trilogi, Final Fantasy VII Revelation Akan Datang 8 April 2027

September 3, 2026
Next Post
Sony Interactive Entertainment Lantik Hideaki Nishino Sebagai Presiden & CEO Baharu

Sony Interactive Entertainment Lantik Hideaki Nishino Sebagai Presiden & CEO Baharu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd