Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pokémon Truck LED Serbu Lembah Klang, Tawar Peluang Kepada Orang Ramai Cuba Pokémon Pokopia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
March 4, 2026
in Artikel, Berita, Jom Singgah!, Nintendo Switch 2, Tempatan
0 0
0
Pokémon Truck LED Serbu Lembah Klang, Tawar Peluang Kepada Orang Ramai Cuba Pokémon Pokopia!
Share on FacebookShare on Twitter

Bermula esok, peminat Pokémon di seluruh Malaysia berpeluang menikmati pengalaman gaming yang sangat unik apabila The Pokémon Company membawa Pokémon Truck LED ke pusat-pusat beli-belah di sekitar Lembah Klang.

Kempen selama tiga bulan ini, yang berlangsung dari 5 Mac hingga 4 Jun 2026, adalah sebahagian daripada sambutan pelancaran Pokémon Pokopia, sebuah game life simulation baharu yang akan dilancarkan esok secara eksklusif di Nintendo Switch 2.

Apa Itu Pokémon Pokopia?

Berbeza daripada game Pokémon tradisional yang tertumpu kepada pertarungan dan menangkap Pokémon, Pokopia mengambil pendekatan yang lebih santai sebagai sebuah game “slow-life” sandbox; serupa dengan game popular seperti Animal Crossing dan Stardew Valley.

Dalam Pokémon Pokopia, pemain berpeluang membina dan membentuk dunia mereka sendiri yang dipenuhi Pokémon. Game ini membolehkan pemain mencipta ruang kediaman, menghias persekitaran, dan berinteraksi dengan Pokémon dalam suasana yang tenang.

Game ini menyokong mod solo dan multiplayer, membolehkan sehingga empat pemain berhubung secara local atau online untuk membina dan meneroka bersama rakan serta keluarga.

Apa yang Menanti di Pokémon Truck

Pokémon Truck ialah sebuah trak LED sepanjang 20 kaki yang telah diubah suai menjadi ruang gaming Nintendo Switch 2 yang eksklusif.

Di dalamnya, pengunjung akan menemui empat gaming station, masing-masing dilengkapi dengan tempat duduk sofa yang selesa, konsol Nintendo Switch 2, board panel Pokémon Pokopia, dan operation panel.

Kru yang mesra akan sentiasa berada di lokasi untuk membimbing pemain sepanjang pengalaman ini, jadi mereka yang tidak biasa dengan game ini pun boleh terus mencuba dan menikmatinya.

Kawasan acara di luar trak turut menyediakan:

  • Penampilan maskot Pikachu semasa sesi hujung minggu terpilih
  • Zon mewarna untuk kanak-kanak mewarnai Pokémon kegemaran mereka
  • Zon foto dan photo booth bertema untuk menangkap kenangan
  • Sun visor Pokémon Pokopia percuma yang memaparkan Pokémon daripada game ini, sementara stok masih ada

Pokémon Truck akan bergerak melalui pelbagai kawasan di Lembah Klang, termasuk Cheras, Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam, Puchong, Ampang, Bukit Jalil, Kepong, Subang, dan Damansara.

Pada Selasa hingga Khamis, trak akan bergerak mengelilingi kawasan bandar. Dari Jumaat hingga Ahad, trak akan singgah di lokasi pusat beli-belah tertentu di mana pengunjung boleh menikmati pengalaman penuh termasuk pentas acara dan zon aktiviti Pokémon Pokopia.

Lokasi Pusat Beli-Belah yang Disahkan (10 pagi – 10 malam):

  • 6 – 8 Mac 2026: Sunway Pyramid
  • 13 – 15 Mac 2026: The Exchange TRX
  • 20 – 22 Mac 2026: Pavilion Bukit Jalil
  • 27 – 29 Mac 2026: Elmina Lakeside Mall
  • 3 – 5 April 2026: Akan diumumkan
  • 10 – 12 April 2026: Akan diumumkan
  • 17 – 19 April 2026: Akan diumumkan
  • 24 – 26 April 2026: Akan diumumkan
  • 1 – 3 Mei 2026: Akan diumumkan
  • 8 – 10 Mei 2026: Akan diumumkan
  • 15 – 17 Mei 2026: Akan diumumkan
  • 22 – 24 Mei 2026: Akan diumumkan
  • 29 – 31 Mei 2026: Akan diumumkan

Lokasi tambahan dari April hingga Mei akan diumumkan tidak lama lagi. Tarikh dan lokasi mungkin berubah, jadi peminat digalakkan untuk mengikuti halaman Facebook rasmi bagi mendapatkan maklumat terkini.

Bonus Pembelian Awal untuk Peminat di Malaysia

Mereka yang membeli salinan fizikal Pokémon Pokopia lebih awal akan menerima Ditto Smartphone Cleaner Keychain istimewa. Aksesori ini menampilkan acrylic charm Pikachu dan Ditto, serta berfungsi sebagai pembersih skrin dan juga aksesori comel yang boleh digantung pada beg, dompet, atau barangan peribadi lain.

Bonus ini tersedia sementara stok masih ada dan hanya terpakai untuk pembelian awal salinan fizikal sahaja (tidak termasuk digital download).

Tags: Pokémon Truck
ShareTweetSend
Previous Post

Previu Fallout 76 Update 66 – Dari Boss Serba Unik Hingga Ganjaran Four-Star, Inilah Semua Perubahan!

Next Post

ASUS TUF Gaming A14 (2026) Kini Tersedia – Laptop Gaming Bawah 1.5kg Dengan Harga RM7,599!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
ASUS TUF Gaming A14 (2026) Kini Tersedia – Laptop Gaming Bawah 1.5kg Dengan Harga RM7,599!

ASUS TUF Gaming A14 (2026) Kini Tersedia - Laptop Gaming Bawah 1.5kg Dengan Harga RM7,599!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd