Bermula 20 Disember hingga 10 Januari 2019; dunia Assassin’s Creed akan berentap dengan dunia For Honor dalam semua platform menerusi event For the Creed.
Terdapat variasi baru four versus four Dominion mode yang dipanggil Assassini e Templari. Dalam mod ni korang kena capture zone untuk spawn Ezio Auditore da Firenze dan Cesare Borgia untuk bertempur. Korang bunuh commander dapat 300 points. Team yang berjaya capai 1000 points dan kalahkan lawan semasa breaking period akan memenangi perlawanan.
Antara maklumat lain pasal event ni adalah; map dalam Assassini e Templari akan disertakan dengan iconography dan glitches dari Animus, dan soldiers pulak akan bertemakan mengikut factions daripada game Assassin’s Creed. Semua drop attack akan ada Leap of Faith dan animasi assassination. Sesetengah game mode pulak akan di narrate oleh Warren Vidic; pengarah Animus Project daripada Abstergo Industries.
Customization items pun ada gak; antaranya Odyssey of the Misthios, emote baru haystack dan execution hidden blade. Semua ni ada pengerasnya bang; 35,000 steel per hero untuk bundle For the Creed ni.
Kesimpulannya, semua ni terjadi sebab Animus punya keje yang campak korang ke dalam dunia di mana Knights, Vikings, Samurai dan Wu Lin berperang sesama diorang. Sounds familiar?
@gamersantaimy
Discussion about this post