Bulan lepas, Microsoft umumkan yang konsol diorang Xbox One akan dapat compatibility dengan keyboard dan mouse. Dan lepas tu, Razer terus jadi company yang pertama yang manufacture mende ni. Diorang dah umumkan Razer Turret for Xbox One, satu kombo wireless keyboard dan mouse.
Razer Turret ni nampak macam standard hardware diorang yang memang fokus untuk PC, tapi ia sebenarnya all-in-one dan boleh letak atas riba korang. Tak tau la selesa ke tak; dimensi keyboard tu 194 x 390 x 37 mm dan berat dia agak-agak 1.8kg. Setiap button dia ada mechanical switch untuk tactility. Ada gak key dedicated untuk panggil Xbox One punya dashboard. Wrist rest akan slide out daripada belah bawah.
Kat belah kanan keyboard tu pulak boleh slide satu platform yang akan function macam mousepad (kesian budak kidal). Mouse yang datang sekali ni di ilhamkan daripada Razer Mamba, yang ada scrollwheel dan button Hyperesponse yang boleh diprogramkan. Sensor dia 16k dpi dan boleh bergerak 450 inci per saat.
Connectivity pulak ke Xbox One atau ke PC boleh direct dengan USB atau Bluetooth menerusi USB dongle. Dan macam biasa barang Razer mesti ada pertunjukan lampu Chroma dan melalui game-game tertentu; ianya boleh di sync dengan fungsi Xbox Lighting yang akan mainkan lampu-lampu ni ikut apa yang sedang dipaparkan kat screen.
Fungsi Chroma ni kalau di off kan, dapat battery time 43 jam untuk keyboard dan 50 jam untuk mouse. Kalau korang nak main dengan penuh warna-warni; bateri keyboard tahan 11 jam je manakala mouse plak tahan 30 jam.
Razer Turret akan berada di pasaran suku pertama 2019 nanti dengan harga USD$249.99; iaitu sekitar RM1,050. Boleh rembat Xiaomi sebijik.
@gamersantaimy
Discussion about this post