Musim kedua Apex Legends akan diumumkan pada E3 bulan depan. Dalam persidangan pendapatan mereka, EA kata bahawa butiran pertama tentang musim kedua bakal didedahkan di persidangan EA Play pada 7 Jun. Peristiwa ini akan berlangsung di Hollywood Palladium di Los Angeles dan bersiaran langsung untuk peminat menonton online. Penerbit berkata bahawa mereka mempunyai rancangan yang besar dan menarik bagi content baru mereka.
“Kami buat masa ini amat fokus untuk memuaskan hati komuniti global besar Apex dengan long-term live service kami, termasuk musim baru dengan content Battle Pass yang lebih menarik, legend baru, dan evolusi menakjubkan kepada in-game environment”
Kata CEO EA Andrew Wilson.
EA menyatakan bahawa musim kedua Apex akan bermula sekitar penghujung suku ini atau permulaan kepada suku berikutnya. Dengan suku semasa bakal berakhir pada 30 Jun, ini bermaksud musim kedua akan muncul tidak lama lagi pada masa depan.
Walaupun EA kelihatan sangat gembira dengan penerimaan dan prestasi Apex Legends, mereka mengenal pasti bahawa kemajuan secara tiba-tiba Apex Legends selepas pengumuman mengejutkan telah menyebabkan pelbagai masalah untuk developer Respawn Entertainment. Syarikat itu terpaksa belajar pelbagai perkara baru berkaitan matchmaking, content creation, dan cheating pada beberapa bulan pertama game Apex Legends.
Selain daripada musim kedua Apex, EA juga mendedahkan mereka sedang dalam perbincangan untuk membawa Apex Legends ke peranti mobile dan pasaran cina. Keluaran mobile akan membawa Apex Legends sejajar dengan dua lagi pesaing di dunia Battle Royale iaitu Fortnite dan PUBG yang kedua-duanya sudah ada versi mobile.
Sumber – IGNSEA
@gamersantaimy
Discussion about this post