PUBG Mobile Club Open musim 2019 (PMCO 2019) adalah Perlawanan Global untuk PUBG Mobile yang mempamerkan pemain Pro / Semi-Pro terbaik dari seluruh dunia. 10 pasukan dari wilayah seluruh dunia akan bertempur melalui Spring & Fall Splits.
Pagi ini, pihak editor kami sempat mewawancara Pengarah dan Pengurus PUBG Mobile SEA iaitu Oliver Ye dan Gaga Li. Ada beberapa soalan serta jawapan yang menarik dari Oliver dan Gaga untuk kami kongsikan kepada anda.
Pemulaan soalan kami mengenai masa depan industri PUBG Mobile untuk permainan mudah alih. Oliver berkongsikan pendapatnya mengenai permainan mudah alih ternyata berjaya berkembang tanpa batasan. Terutamanya di Asia seperti di Indonesia, Malaysia, India dan banyak Negara lagi. Ini kerana kebanyakan netizen kini mampu untuk membeli telefon pintar dan rangkaian internet turut semakin baik jadi menyenangkan pemain bermain permainan mudah alih.
Kerisauan untuk merundum mungkin tidak akan terjadi di Asia, Indonesia sahaja merupakan antara negara yang paling maju didunia untuk permainan mudah alih, Thailand dan Vietnam pula sudah berada di senarai Top3 di SEA, jadi disebabkan itu PUBG Mobile bernasib baik dapat bekerjasama dengan rakan kongsi tempatan dalam pertumbuhan permainan semasa.
Wawancara kami jadi lebih menarik apabila bertanyakan tentang pendapat Oliver dan Gaga mengenai sumbangan terbesar kejayaan PUBG Mobile, sudah semestinya yang utama ialah kepopulariti PUBG di platform PC! Selain itu pihak Tencent dan Lightspeed Studio turut memberi kejayaan kerana mempunyai pengurus pogram terbaik di dunia.
Kita dapat lihat perkembangan yang luas untuk PUBG Mobile, hanya dalam masa setahun pelbagai kemaskini mod baru seperti bekerjasama dengan pasaran permainan global yang popular iaitu Resident Evils dan bekerjasama dengan selebriti untuk Ulangtahun pertama PUBG Mobile bersama Alan Walker.
Menjadi satu kemusykilan untuk kami tentang kemampuan sekuriti kewangan untuk pemain-pemain e-sukan terutama yang muda, ternyata pihak PUBG Mobile SEA memberi peluang besar untuk pemain-pemain mendapat peluang untuk menjadi pemain professional. Bukan hanya kemenangan dari kolam hadiah, disini pemain-pemain turut berpeluang mendapat pendapatan lain kerana pihak PUBG Mobile SEA akan membantu mencari organisasi untuk mendapatkan penaja dan pengiklanan.
Tidak terlepas untuk bertanyakan mengenai pengendalian pemain jika ada pemasalahan dan ingin menukar pemain dan dengan tenang Cik Gaga berkata bahawa PUBG Mobile mempunyai peraturan untuk mengendali situasi seperti ini. Jika ada apa-apa terjadi, pemain berpeluang untuk mengganti ahli dalam pasukan sebelum permainan.
Seperti yang kita tahu, PUBG Mobile boleh ditetapkan peraturan dan cara permainan seperti yang dilakukan didalam (custom room), jadi kami ingin tahu adakah kemungkinan pihak PUBG Mobile SEA akan membuka peluang untuk acara sebegitu. Tetapi nampaknya pekara itu susah terjadi kerana kebanyakan penonton lebih suka mengikuti peraturan yang biasa untuk setiap acara yang besar dan berlaku adil untuk pemain agar senang memenangi ‘Chicken Dinner’.
Selain itu, Oliver dan Gaga turut berkongsi pasukan yang agesif menjadi perhatian mereka kerana mempunyai pangkalan peminat tersendiri. Antaranya adalah RRQ yang juga merupakan Juara Global pada tahun lalu serta BTR yang sangat terkenal didalam saluran You Tube Streaming.
Turut dikongsikan mengenai acara global yang akan datang yang akan diberitahu info selebihnya hujung bulan nanti. 16 pasukan dari liga SEA akan pergi ke final SEA, serta ada 4 pasukan dari final SEA akan ke peringkat global dan 2 daripadanya akan terus ke peringkat akhir di peringkat 16 terakhir global.
Sempat juga kami bertanya adakah peluang untuk PUBG Mobile merasa memasuki acara e-sukan di Sukan Asia dan Suka Olimpik, Oliver dan Gaga ternyata berharap agar peluang untuk PUBG Mobile ke acara itu tertunai.
Tidak terlupa mengenai strategi mereka untuk pesaing permainan “Battle-Royale’ yang lain. Mereka berkata mereka tidak akan terus mengalah dan terus memberikan kemaskini dan mod yang terbaik kepada pemain.
Sampai disini serba sedikit mengenai wawancara kami bersama Oliver dan Gaga. Jangan lupa untuk terus bersama kami untuk perkembangan baru PMCO SEA 2019.
@gamersantaimy
Discussion about this post