Jika korang pernah tertanya-tanya apa yang akan berlaku jika Coffee Stain Studios, pencipta Goat Simulator, dan Treyarch (pencipta siri Call of Duty) bergabung untuk menghasilkan satu projek, hari ini adalah hari bertuah korang. Goat of Duty adalah game menembak multiplayer yang dibangunkan oleh Raiser Games dan bakal dikeluarkan untuk Steam dalam masa terdekat. Ia berfungsi betul-betul seperti Call of Duty, tetapi dengan kambing.
Dalam keterangan di Steam mengenai game ini, ia mengatakan yang tiada yang tersirat. Korang akan bermain sebagai kambing berbekalkan senjata, dan terdapat kambing lain di luar sana yang ingin membunuh korang. Ianya semudah itu. Tidak terlalu keterlaluan mahupun tidak masuk akal, pemain tidak perlu memahami sebarang watak ataupun strategi game. Ianya memang memfokuskan peperangan antara kambing dengan kambing lain.
Namun tidak dapat dinafikan, ia hadir dengan skin costume kambing yang menarik, humornya tersendiri dan mekanik kambing untuk korang troll rakan sepasukan yang bermain sekali! Bukan sekadar senjata seperti senapang yang diberikan, pemain juga mempunyai akses untuk six shooters, rocket launcher dan machine guns.
Goat of Duty sedang dalam pembangunan untuk PC di Steam, dan setakat ini, ianya tidak mempunyai sebarang tarikh keluaran. Katanya, “goating soon”. Jadi sebelum pemain semua boleh menjadi kambing, buat masa sekarang korang hanya boleh mengembek dan makan rumput. Ada kenal sesiapa yang sesuai main game ini?
Sumber: Goat of Duty Steam
@gamersantaimy
Discussion about this post