Selain daripada pelancaran Season 8 – Mayhem dan Legend baru bernama Fuse, pemaju Respawn Entertainment telah mengumumkan bahawa -dengan bantuan daripada rakan-rakan di Panic Button– Apex Legends secara rasmi akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 9 Mac 2021. Khabar angin tentang adaptasi Apex Legends di Switch sudah lama menjadi khabar angin di internet, dan ternyata sekarang ia betul.
We're proud to announce that Apex Legends launches on Nintendo Switch on March 9th, 2021.
❗️: https://t.co/V19mWq3zF1 pic.twitter.com/EA3jCDMayf
— Apex Legends (@PlayApex) February 2, 2021
Sekiranya anda tidak tahu, Apex Legends versi Nintendo Switch pertama kali diumumkan pada pertengahan tahun lalu. Sejak itu, Respawn Entertainment tidak memberi sebarang info yang melaporkan tentang status pembangunan permainan.. sehinggalah hari ini. Selain itu, Respawn Entertainment juga menjelaskan bahawa kerana mereka mengeluarkan versi Nintendo Switch pada selepas pelancaran Season 8, pengguna yang bermain di Switch akan serta-merta diberikan 30 level untuk Season 8 Battle Pass dan akan memperoleh “double exp“.
Two years later, we’re just getting started. Join Chad Grenier, game director for Apex Legends, as we reflect on the road we've traveled so far and the adventure that's still to come.
❤: https://t.co/enGz14mG2B pic.twitter.com/EJbcgCVFRV
— Apex Legends (@PlayApex) February 2, 2021
“Membawa Apex Legends ke paparan kecil merupakan pencapaian besar, dan kami tidak dapat melakukannya tanpa bantuan rakan-rakan di Panic Button. Kami sangat bangga dengan apa yang dapat dicapai oleh pasukan dengan beberapa pengoptimuman pintar untuk Switch bagi memberikan pengalaman Apex Legends yang lengkap secara ‘on-the-go.’
Apex Legends akan dilancarkan di Switch dengan sokongan cross-platform play, kandungan musiman terbaru kami, dan ciri-ciri penuh dengan versi permainan lain.” -kata Chad Grenier, Pengarah Permainan Apex Legends.
Fuse arrives in Season 8, and he’s packing plenty of things that go boom. Pick apart the opposition with the lever-action 30-30 Repeater, explore an obliterated Kings Canyon, look out for all-new Gold Magazines, and more. Master the mayhem starting Feb 2. 🔥 pic.twitter.com/kFSPAnCDNk
— Apex Legends (@PlayApex) January 26, 2021
Sekali lagi saya beritahu; Apex Legends akan keluar untuk Nintendo Switch pada 9 Mac! Selain itu, ia tersedia untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One, dan PC. Untuk segala liputan kami tentang Apex Legends, sila tekan pautan ini.
Sumber – Apex Legends
@gamersantaimy
Discussion about this post