Sempena tahun baru ini, kita menerima peluang untuk melihat apa yang kita lakukan sepanjang tahun 2020 pada sistem konsol PlayStation. Sony mengumumkan PlayStation 2020 Wrap-Up dan berkongsi matlamat yang sama seperti versi 2019. Untuk pengguna yang menghabiskan lebih dari 10 jam bermain PS4 sepanjang tahun 2020, mereka dapat melihat dengan tepat apa aktiviti yang paling mereka lakukan. Yang bezanya untuk tahun 2020, adalah ia juga mengira aktiviti bagi pemilik PS5.
🎮 Games played
🏆 Trophies earned
⏰ Time spentSee and share your gaming milestones with a personalized PlayStation 2020 Wrap Up: https://t.co/9i6LUZcz2V pic.twitter.com/cef7vy1GaJ
— PlayStation (@PlayStation) February 2, 2021
Untuk memulakan proses, pengguna perlu melayari laman web PlayStation 2020 Wrap-Up. Sebaik sahaja masuk ke halaman, sebuah penilaian akan menyenaraikan beberapa statistik penting. Ia akan memberitahu tiga video permainan video yang anda paling kerap bermain dan berapa jam yang dilaburkan untuk setiap satu. Pengguna juga akan tahu pada hari apa yang mereka selalu bermain dan pada masa yang sama, melihat jumlah “trophy” yang diperolehi, sertakan maklumat tentang jumlah trofi gangsa, perak, emas dan platinum.
Statistik untuk PS5 lebih ringkas di mana anda hanya akan melihat permainan PS5 yang paling kerap dimainkan dan berapa jam anda menghabiskan masa. Anda juga akan melihat jumlah keseluruhan trofi di PS5, tetapi ia tidak memberi info yang lebih terperinci.
Pada penghujung halaman, jangan lupa untuk tebus tema percuma PS4 untuk meraikan tahun 2020 anda. Berikut adalah gif yang menampilkan tema khas tahun 2020:
Acara PlayStation 2020 Wrap-Up akan tersedia sehingga 2 Mac 2021. Jangan lupa untuk cuba! Untuk segala info tentang PlayStation, sila tekan pautan ini.
Sumber – PlayStation Blog
@gamersantaimy
Discussion about this post