Walaupun Malaysia mendapat akses awal untuk Apex Legends Mobile, tetapi game ini akhirnya akan lancar secara rasmi pada 17 Mei ini. Pengumuman mengenai pelancarannya telah dibuat melalui Twitter rasmi Apex Legends, bersama-sama trailer game tersebut.
Selepas penundaan Apex Legends Mobile, akhirnya semua pengguna iOS dan Android dapat bermain game ini. Untuk pengetahuan anda, saiz download untuk Apex Legends Mobile di Android adalah sebesar 2.78 GB. Jadi, untuk pengguna iOS, saiznya mungkin lebih kurang sahaja. Buat masa ini, watak yang disahkan boleh pakai adalah Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith, Bangalore, Octane, Mirage, Pathfinder dan Caustic. Tetapi akan ada satu lagi watak baru yang akan tersedia untuk Apex Legends Mobile iaitu Fade.
Fade dikatakan akan menjadi watak eksklusif Apex Legends Mobile yang pertama. Kitnya memberikannya speed boost pada penghujung slide, kebolehan untuk menimbas kembali ke lokasi sebelumnya melalui Void dan Ultimate-nya, “Phase Chamber” yang boleh menghantar Legend ke dalam Void. Boleh dikatakanya kit ini lebih kepada versi Wraith tetapi lebih agresif. Reka bentuknya masih belum didedahkan lagi, tetapi jika dilihat pada trailer di atas, anda boleh lihat silhouette watak tersebut.
Apex Legends Mobile ini dibangunkan secara dalaman oleh Respawn Entertainment dengan bantuan daripada Tencent. Jika anda berminat untuk download Apex Legends Mobile, anda boleh gunakan butang muat turun di bawah untuk ke kedai aplikasi anda. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman anda bermainnya! Boleh ajak kawan-kawan main sekali Apex Legends Mobile Mei ini. Kalau anda ingin tahu spesifikasi phone yang diperlukan, boleh semaknya melalui pautan ini.
Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Apex Legends, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post