Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Trivial Pursuit Live! 2 -Tunjukkan kepintaran anda dalam Game Show ini!

Maira by Maira
May 11, 2022
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Review
0 0
0
[Review] Trivial Pursuit Live! 2 -Tunjukkan kepintaran anda dalam Game Show ini!
Share on FacebookShare on Twitter

Selalu kita tengok game show dekat TV sahaja, kali ini apa kata kalau kita sendiri turut serta. Ada satu game ala-ala game show telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu. Game tersebut ialah Trivial Pursuit Live! 2, yang dilancarkan oleh Ubisoft. Ia merupakan adaptasi daripada board game dengan nama yang sama dan juga follow-up daripada game pertama yang dikeluarkan pada 2014. Trivial Pursuit Live! 2 tersedia di beberapa konsol seperti PS4, Nintendo Switch, Xbox One dan Google Stadia. Kalau anda agak was-was sama ada ingin beli game ini atau tidak, jom baca review jujur kami mengenainya!

Game show yang menarik

Seperti yang dikatakan di atas, Trivial Pursuit Live! 2 berbeza daripada game kuiz biasa kerana dia dipersembahkan seperti sebuah rancangan “game show”. Anda akan dengan suara hos serta sorakan daripada penonton. Pentas game itu juga sangat berwarna-warni dan terang. Sesuai dengan temanya. Anda akan diberikan pilihan untuk memilih watak-watak yang tersedia sebagai avatar dalam game. Watak itu juga boleh diedit sedikit dan bukanlah menyeluruh. Tetapi kalau boleh mereka watak sendiri, mungkin pemain boleh rasa terikat dengan watak tersebut. Memandangkan ini hanya game kuiz, ia bukanlah ciri yang begitu penting.

Trivial Pursuit Live!

Anda boleh bermain sehingga empat orang secara local dan lebih ramai lagi jika anda menubuhkan pasukan. Terdapat juga mod dalam talian tersedia untuk sesiapa yang ingin berlawan dengan pemain lain di seluruh dunia. Sebelum bermulanya game, anda boleh memilih sama ada untuk bermain secara “Short game” atau “long game”. “Short Game” mempunyai 3 pusingan manakala “Long game” pula mempunyai 5 pusingan.

Untuk soalannya pula, sudah tentu bukan semua orang mempunyai pengetahuan yang sama. Jadi, ada dua set soalan yang tersedia iaitu “Standard” dan “Family”. Soalan “standard” memang direka khas untuk pemain yang lebih dewasa, manakala soalan “family” pula lebih mudah kerana pemain yang lebih muda juga berpeluang untuk menjawab soalan kuiz ini.

Soalan yang mencabar daripada pelbagai kategori

Terdapat beberapa kategori dalam Trivial Pursuit Live! 2 iaitu Entertainment, Arts, History, Science & Nature, Georgraphy dan Sports & Leisure. Setiap pemain akan mendapat peluang untuk memilih kategori untuk setiap pusingan. Tetapi bukan semua kategori tersebut diberikan nanti. Hanya dua sahaja pilihan yang tersedia nanti. Jadi, kalau anda bernasib baik dan mendapat kategori yang anda boleh dapatkan markah, bolehlah pilih kategori tersebut.

Trivial Pursuit Live!

Dalam setiap pusingan, akan ada target point. Setiap kali anda mencecah target point tersebut, anda akan diberikan satu keping wedge. Kalau anda berjaya mengumpul kesemua wedge, anda akan menjadi juara untuk game itu. Jangan sangkakan semua pusingan hanya menjawab soalan seperti kuiz biasa. Game ini mempunyai beberapa gameplay berbeza, ada yang bermain dengan masa, berlumba dengan pemain lain, memilih jawapan yang paling betul. Boleh tahan mencabar jugalah apabila bermain ramai-ramai.

Pusingan terakhir selalunya pusingan kalah mati. Kalau anda salah jawab soalan, anda tidak akan layak untuk teruskan menjawab. Inilah yang akan betul-betul menguji pengetahuan anda kerana hanya dua jawapan sahaja tersedia. Lagi-lagi kalau soalan itu sesuatu yang anda memang tidak tahu. Saya juga banyak kali meneka semasa pusingan ini.

Trivial Pursuit Live!

Set soalan lebih tertumpu pada negara barat

Kalau ada sesuatu yang saya tidak puas hati mengenai game ini, ia adalah soalan yang diberikan. Kebanyakkan soalan untuk beberapa kategori lebih tertumpu kepada negara barat. Contohnya sesuatu yang berkenaan dengan perang, pasukan bola lisut dan daerah dalam negara tertentu. Jadi, kita yang duduk di Malaysia ini, memang susah nak kaitkan pengetahuan sedia ada dengan benda umum di negara barat. Kadang-kadang, sampai terpaksa “Google” jawapan semata-mata nak penuhkan target point.

Trivial Pursuit Live!

Kesimpulan

Sejujurnya, Trivial Pursuit Live! 2 sebuah game yang memang seronok jika dimainkan bersama keluarga dan rakan-rakan. Gamenya juga tidaklah begitu pendek atau lama. Walaupun terdapat soalan yang anda tidak tahu, sekurang-kurangnya anda akan belajar sesuatu yang baru daripadanya. Jadi, kalau anda yang mencari game untuk main beramai-ramai, saya syorkan game ini. Untuk membaca review lain daripada kami, sila klik pautan ini.

The Review

Trivia Pursuit Live! 2

7 Score

PROS

  • Vibe yang ditonjolkan serupa dengan game show
  • Rentak game yang bagus
  • Game yang sesuai untuk dimainkan dengan keluarga dan kawan

CONS

  • Soalan lebih tertumpu kepada pemain barat
  • Tidak mampu membuat watak sendiri

Review Breakdown

  • Bolehlah tambah pengetahuan umum dengan game ini! 0
Tags: reviewTrivial Pursuit Live! 2
Previous Post

[Review] Memory – Kisah terakhir seorang pembunuh sebelum bersara

Next Post

Apex Legends Mobile rasmi lancar pada 17 Mei 2022 secara global!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat
Berita

Attack on Titan 3 – Membawa Jalan Cerita Lengkap Dari Awal Hingga Tamat

June 6, 2026
Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2
Berita

Selepas Lebih Sedekad, Sega Akhirnya Umum Alien: Isolation 2

June 6, 2026
Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik
Berita

Gundam Rogue Orbit – Jalan Cerita Tiada Kaitan Dengan Anime, Combat Lebih Realistik

June 6, 2026
Next Post
Apex Legends Mobile rasmi lancar pada 17 Mei 2022 secara global!

Apex Legends Mobile rasmi lancar pada 17 Mei 2022 secara global!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd