Buat gamer Malaysia yang tidak sabar untuk cuba Apex Legends Mobile, nampaknya korang perlu tunggu sedikit lama. Electronic Arts mengumumkan ini bahawa soft launch akan ditangguhkan hingga 7 Mac kerana “peristiwa dunia semasa” (kemungkinan besar, peperangan antara Rusia dan Ukraine).
Artikel original adalah seperti berikut:
Walaupun agak lama menunggu, tetapi Respawn Entertainment dan Electronic Arts hari ini telah mengumumkan bahwa Apex Legends Mobile akan keluar di Malaysia pada minggu depan. Launch ini tersedia dalam cara “terhad” kerana hanya beberapa negara sahaja yang terpilih tetapi berita baik, ia boleh dimuat turun oleh kedua-dua peranti iOS dan Android.
Secara lebih khusus, Apex Legends Mobile akan mengadakan pelancaran serantau di 10 negara iaitu Australia, New Zealand, Singapura, Filipina, Indonesia, Mexico, Peru, Argentina, Colombia dan Malaysia. Fasa pelancaran ini diadakan selama beberapa bulan supaya Respawn boleh mendapatkan maklum balas yang diperlukan untuk memperbaiki “sistem dalam permainan, ciri-ciri dan banyak lagi sebelum pelancaran global.
Buat masa ini, watak yang disahkan boleh pakai adalah Bloodhound, Gibraltar, Lifeline, Wraith, Bangalore, Octane, Mirage, Pathfinder dan Caustic.
Jadi, apakah keperluan sistem untuk bermain Apex Legends Mobile? Menurut Respawn, peranti yang tidak disokong semasa ujian wilayah kelmarin ialah peranti iOS dengan RAM kurang daripada 2GB dan peranti Android dengan RAM kurang daripada 3GB. Mereka hanya dapat menyokong peranti Android dengan 2GB RAM daripada jenama berikut:
- Vivo
- Oppo
- Huawei
- Motorola
- Samsung
- Lenovo
- Xiaomi
Pada masa yang sama, Respawn turut menjelaskan spesifikasi minimum untuk Android & iOS:
- Android:
- Android 8.1
- Open GL 3.0 or higher
- 3 GB free space
- At least 3 GB RAM
- Screens size: N/L/XL
- For iOS:
- iPhone 6S or later
- OS version: 10.0 or later
- CPU: A9
- 3 GB free space
- At least 2GB RAM
Apex Legends Mobile sedang dibangunkan secara dalaman oleh Respawn Entertainment. Walau bagaimanapun, studio itu mendapat bantuan daripada Tencent. Pengarah Apex Legends Chad Grenier menjelaskan bahawa ini adalah usaha kerjasama antara pasukan pembangunan utama dan krew pembangun aplikasi mudah alih yang dibawa masuk secara khusus untuk projek tersebut.
Mudah-mudahan, Apex Legends boleh diadaptasikan ke platform mobile tanpa apa-apa isu yang serius. Adakah korang akan mencuba Apex Legends Mobile memandangkan ia tersedia di Malaysia? Jom kongsikan pendapat bersama saya di ruang komen!
@gamersantaimy
Discussion about this post