Rancangan untuk Apex Legends versi mobile masih dalam proses, dan port itu mungkin akan dilancarkan pada akhir tahun ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Electronic Arts, Andrew Wilson. Kemas kini ini menandakan info terbaru yang saya dengar tentang Apex Legends mobile dan ia dirancang dengan jangka masa luas yang mungkin menjangkau sehingga April 2021. Walaupun tidak ada tarikh yang pasti untuk pelancaran permainan, kemungkinan besar kita boleh bermain Apex Legends mobile sebelum 2020 berakhir.
Penjelasan Wilson tentang Apex Legends versi mobile dapat didengar dalam video di bawah. Ia hanya menunjukkan sebahagian daripada perbualan, tetapi kita tahu bahawa Wilson sedang bercakap tentang pasaran mobile untuk EA. Dia menamakan beberapa projek mobile EA seperti siri Plants vs Zombies sebelum bercakap:
Here it is. EA CEO talks about bringing Apex Legends to iOS & Android globally by the end of this year. Follow @ApexLatest for more exclusives.#apexlegendsmobile @EA @EAMobile @Respawn @apex_intel @TitanfallBlog @TencentGames @ZhugeEX pic.twitter.com/zIMhDEIwaH
— Apex Legends Mobile Latest Leaks (@ApexLatest) June 22, 2020
“kita telah membincangkan untuk ‘soft-lauch’ Apex Legends pada hujung tahun ini.”
Dia juga menambah bahawa ada “enam atau tujuh” permainan video mobile lain yang telah dibincangkan pada masa lalu, tetapi saya tidak tahu permainan video apakah yang dia maksudkan.
COO dan CFO EA, Blake Jorgensen, mengatakan pada bulan Januari bahawa penerbit telah menjalin hubungan dengan studio rahsia untuk menyiapkan Apex Legends mobile bagi pelepasan di seluruh dunia.
For those who still believes Apex Legends Mobile is a rumour.
EA/Respawn has partnered with a chinese company to bring it on mobile. Evidences are there. Just wait for the official confirmation.#ApexMobile #apexlegendsmobile @PlayApex @EA @Respawn @TencentGames pic.twitter.com/X84Qhx319l— Apex Legends Mobile Latest Leaks (@ApexLatest) June 19, 2020
“Rakan kami sedang membantu untuk membangunkan Apex Legends mobile untuk seluruh dunia. Lebih banyak lagi akan didedahkan tetapi kami tidak dapat memberi banyak perhatian kerana banyak lagi perkara belum dipastikan. Kami percaya ada banyak peluang di untuk projek ini. “
Apex Legends akan mengikuti trend permainan video battle royale utama yang diadaptasi ke telefon pintar setelah membuat debut di konsol atau PC. Sebagai contoh, Fortnite dan PlayerUnknown’s Battlegrounds sudah lama pada peranti mudah alih. Walaupun Apex Legends agak ketinggalan berbanding yang lain, tetapi permainan video ini masih cukup popular sehingg boleh bertahan ke Musim 5. , Daya tarikannya masih ada dan hanya akan bertambah jika versi mobile benar-benar dihasilkan pada hujung tahun 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post