Walaupun tidak sampai setahun dilancarkan, Apex Legends Mobile secara rasmi akan ditutup oleh EA dan Respawn Entertainment pada 2 Mei. Walaupun berjaya memenangi anugerah “Game of the Year”, nampaknya itu pun tidak cukup untuk bersaing dengan game battle royale shooter lain di pasaran mobile.
Menurut Respawn Entertainment, Apex Legends Mobile terpaksa ditutupkan oleh kerana “beberapa faktor tidak terkawal” yang menghalang studio daripada menyediakan “pengalaman berkualiti tinggi” kepada. Berikut adalah mesej mereka:
“Beberapa faktor di luar kawalan telah menghalang kami daripada mengekalkan pengalaman dan kandungan berkualiti tinggi yang layak diterima oleh pemain kami. Ucapan terima kasih kepada pemain dan pasukan kerana menyertai kami di Apex Legends Mobile, walaupun untuk seketika, tidak berkesudahan. Daripada lubuk hati kami, terima kasih.”
Sekali lagi saya ingatkan; pada 2 Mei, semua server untuk Apex Legends akan ditutup secara rasmi dan game ini tidak lagi boleh dimainkan. Ini bermakna pemain hanya mempunyai masa 90 hari untuk bermain game ini. Bermula hari ini, semua pembelian dalam aplikasi turut telah dimatikan sebagai persediaan untuk penutupan rasmi.

Selain itu, Respawn Entertainment juga telah mengesahkan melalui FAQ bahawa semua pembelian akan kekal pada akaun Apex Legends Mobile anda sehingga 1 Mei, tetapi pemain yang ingin mendapatkan refund perlu menghubungi Apple App Store atau Google Play Store untuk maklumat lanjut.
Walau bagaimanapun, mungkin ini bukan pengakhiran untuk Apex Legends di platform mudah alih. Menurut komen dalam mesyuarat syarikat baru-baru ini – CEO EA, Andrew Wilson kata bahawa syarikat hanya menutup “versi” Apex Legends Mobile ini sahaja. Jadi ada kemungkinan mereka mempunyai rancangan lain pada masa akan datang.

Walaupun versi mobile akan tutup, sekurang-kurangnya kita masih boleh bermain Apex Legends di Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Xbox One dan Xbox Series X/S.
Battlefield Mobile juga tutup!

Dalam laporan kewangan untuk suku ketiga tahun fiskal 2023, EA mendedahkan bahawa pembangunan Battlefield Mobile telah dibatalkan dan mereka akan menutup studio Industrial Toys. EA terpaksa mengubah rancangan semasa kerana mereka juga ingin menyampaikan visi terbaik bagi francais Battlefield untuk memenuhi jangkaan pemain.
Sebagai akibat kepada keputusan ini, pembangunan Battlefield Mobile terpaksa diberhentikan di mana EA dan DICE akan mengalihkan fokus pada Battlefield 2042 sambil membangunkan game Battlefield serba baharu pada masa hadapan. Malah, EA mengesahkan bahawa pra-produksi bagi beberapa projek Battlefield baharu sudahpun bermula di beberapa studio.

Untuk merasa pengalaman terkini Battlefiled, anda boleh mencuba Battlefield 2042 sekarang di PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, dan PC.
@gamersantaimy
Discussion about this post