Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apex Legends: Eclipse – Musim 15 tambah peta baru, ‘Gifting System’!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 24, 2022
in Artikel, Battle Royale, Berita, Epic Store, Multiplayer, Nintendo Switch, PC, PS4, PS5, Shooter, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Apex Legends: Eclipse – Musim 15 tambah peta baru, ‘Gifting System’!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru-baru ini, Apex Legends telah mendedahkan Legend terbaru untuk musim ke-15, Eclipse, iaitu Catalyst. Kini EA telah mendedahkan lebih banyak maklumat tentang Apex Legends musim 15: Eclipse termasuk peta baru dan dua ciri-ciri serba unik.

Berikut adalah penambahan terbaru:

Peta baru: Broken Moon

Tiga dekad yang lalu, seperti yang diramalkan oleh ramalan purba, bulan kepada planet Boreas, Cleo telah ditimpa oleh komet. Walaupun ini membawa kehancuran dan huru-hara kepada planet, Broken Moon juga memberikan peluang unik untuk bereksperimen dengan teknologi terraforming.

Suasana unik telah dicipta dan Stasis Net dipasang untuk cuba mengekalkan apa yang masih ada dan menghalang kiamat kepada planet itu. Tetapi apabila orang ramai kehilangan minat untuk membiayai kerja mereka, mereka semakin beralih kepada bidang penswastaan – dan akhirnya, terciptalah Apex Games.

Di Broken Moon, pemain boleh meneroka keindahan Eternal Gardens dan Bionomics, atau meneroka sisi gelap bulan dan melawat kawasan industri suram seperti The Perpetual Core dan Breaker Wharf. Grapple, mendaki atau menggunakan Jump Station untuk mengakses Zip Railw supaya dapat merentasi peta dengan cepat.

Ciri baru: Gifting System

Sama ada anda ingin memperkenalkan Apex Legends kepada rakan baru atau ingin mengalu-alukan kepulangan rakan lama, ada banyak cara untuk menunjukkaan tanda penghargaan selain daripada bermain bersama.

Pemain boleh berkongsi gaya Apex terkini dengan pemain lain melalui sistem Gifting System serba baharu, yang membolehkan mereka membeli bundle dan barangan kosmetik dalam tab Store untuk rakan in-game mereka.

Ciri baru: Sticker

Apex Legends: Eclipse memperkenalkan kategori kosmetik baharu iaitu Sticker yang boleh dilengkapi pada semua healing item, lalu membolehkan pemain mengubahsuai rupa mereka dan mengekspresikan diri dengan lebih fleksibel di dalam permainan.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Apex Legends, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apex LegendsApex Legends: Eclipse
Previous Post

SEGA menubuhkan SEGA Singapore Pte. Ltd., luaskan pengaruh Asia Tenggara

Next Post

Dapatkan Game Seram Hebat Melalui Epic Games Store Halloween Sale 2022! Jangan Lepaskan Peluang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Dapatkan Game Seram Hebat Melalui Epic Games Store Halloween Sale 2022! Jangan Lepaskan Peluang!

Dapatkan Game Seram Hebat Melalui Epic Games Store Halloween Sale 2022! Jangan Lepaskan Peluang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd