Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara Permainan Co-Op yang Terbaik di PC !

Salah satu tu macam nak main balik je!

Nyny.A by Nyny.A
July 16, 2019
in Artikel, Berita, PC, Steam
0 0
0
Antara Permainan Co-Op yang Terbaik di PC !
Share on FacebookShare on Twitter

Permainan Co-Op merupakan salah satu genre permainan yang ramai peminat. Sepeti generasi sekarang, makin banyak permainan Co-Op yang melibatkan Battle Royale atau FPS seperti Fortnite, PUBG, CS: Go dan Apex Legends menjadi kegemaran orang. Apa kata kalini kita beralih arah sedikit kepada permainan lain selain ketiga-tiga permainan yang dah melonjak naik ni? Tapi kali ni kita selitkan sekali permainan Co-Op yang lama dan antaranya juga sangat popular di platform konsol.

Permainan co-op yang terbaik lah membenarkan korang terokai dunia baru bersama rakan-rakan, bersama menuju kemengangan bersama pasukan atau sama-sama menyerang menyelesaikan misi yang harus diselesaikan! Jadi jom lihat sendiri antara permainan yang terbaik dan tip top korang boleh main kat PC korang tu!

THE DIVISION 2

The Division 2 Washington DC tidak sama seperti siri original Division Manhattan, menara, bandar dan situasi cuaca yang membuatkan permainan kelihatan agak apokalips sebagai penambahan rasa tragedi jalan cerita. Pelbagai kemahiran yang korang boleh gabungkan bersama rakan supaya menjadi sangat baik dalam kolobratif. The Division 2 adalah sebuah permainan dalam aksi role-playing dalam talian yang dibangunkan oleh Massive Entertainment serta dikeluarkan oleh Ubisoft. Sekuel kepada siri asal ini dikeluarkan di platform PC, PlayStation dan Xbox One pada Mac lalu.

Tarikh Pengeluaran: 2019
Pemaju: Ubisoft
Link: Uplay

Monster Hunter: World

Paling best bila dapat menewaskan monster bersama kawan-kawan korang! Siri permainan dunia terbuka aksi RPG ini telah pun berada di platform PC pada Ogos tahun lalu selepas pengeluaran rasminya di PlayStation 4 dan Xbox One pada Januari 2018. Pemain perlu menjadi Hunter untuk menyelesaikan misi memburu, memerangkap serta membunuh monster di dalam dunia MHW. Jika selesai misi tersebut korang dapatlah ganjaran-ganjaran nya. Jadi sediakan gear korang bersama rakan-rakan atau berhubung sebelum memulakan permainan di Discord untuk menghapuskan monster.

Tarikh Pengeluaran: 2018
Pemaju: Capcom
Link:Steam

Left 4 Dead 2 

Sebuah permainan zombi co-op kegemaran dari yang pertama hingga kedua! Saya sendiri teringat dulu hampir tiap malam lepas balik kolej akan pergi ke kafe siber untuk lepak dengan kawan-kawan untuk bermain L4D dengan CS. Tapi sekarang kita fokus L4D 2 ye, permainan yang dikeluarkan oleh Valve ini ternyata mencuri ramai pemain untuk obses dengan nya suatu ketika dahulu. kerjasama bersama rakan-rakan memang la sangat penting dalam permainan ini. Kalau korang terjumpa Witch ke Hunter ke Tank ke, memang tal lah boleh lawan sorang diri kan! Jadi gabungan bersama rakan korang adalah jalan terbaik untuk permainan ini baru lah boleh menjadi hero sampai habis permainan!

Jangan disangka permainan ini dah tak boleh nak bali okay! Korang boleh main sampai sekarang! Steam kan ada~

Tarikh Pengeluaran: 2009
Pemaju: Valve
Link: Steam

PayDay 2

Sebuah permainan FPS yang dibangunkan oleh Overkill Software dan diterbitkan oleh 505 Games. Permainan yang merupakan sekuel untuk permainan pertamanya Payday: The Heist. Dikeluarkan pada Ogos 2013, hingga sekarang Pay Day masih mempunyai ramai peminat! Korang boleh bermain dengan rakan-rakan korang untuk bermain penggera, atau merompak bank sebanyak yang boleh sebelum polis datang masuk campur. Permainan ni memang lagi seronok untuk co-op untuk menambah pengalaman yang seronok dari bermain sorang dan pebuh dengan ketegangan. Korang boleh beli Payday 2 ni dengan harga yang murah je kat Steam!

Tarikh Pengeluaran: 2013
Pemaju: Overkill Software
Link: Steam

Overcooked 2

Masak sambil berperang? Apa ada hal! Permainan comel ini keluar pada tahun lalu merupakan permainan co-op memasak yang dibangunkan oleh Team17 dan Ghost Town Games. Merupakan sekuel pada siri asal Overcooked! Korang boleh lah membantu satu sama lain bersama rakan korang sampai korang berjaya menyelesaikan misi. Tapi sebenarnya kan, permainan ni memusnahkan perhubungan korang dengan rakan-rakan tetapi dengan gurauan lah! Kekecohan yang berlaku dalam permainan ini memang akan meleret sampai terjadi benci sekejap lah!

Tarikh Pengeluaran: 2018
Pemaju: Team 17
Link: Steam

Okay sampai sini je la saya kongsikan untuk harini. Lain kali saya cari lagi apa game menarik untuk korang sendiri cuba okay! Jangan lupa muatturun ramai-ramai dan rasai keseronokan hati gembira bersama rakan-rakan korang sendiri okay!

Tags: left 4 dead 2monster hunter worldovercooked 2PayDay 2the division 2
Previous Post

5 Game Anime Baru yang pasti GEMPAK!

Next Post

Baby bertuah bernama “Google” menerima hadiah istimewa daripada “Google”!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Baby bertuah bernama “Google” menerima hadiah istimewa daripada “Google”!

Baby bertuah bernama "Google" menerima hadiah istimewa daripada "Google"!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd