Sebagai filem pertama dalam MCU Phase 5, Ant-Man and the Wasp: Quantumania harus mencantumkan keseluruhan naratif filem Marvel yang berlaku setakat ini sambil menerangkan peranan”Kang the Conqueror (Jonathan Majors) selaku penjahat utama MCU kali ini.
Secara umum, Quantumania mempunyai dua adegan post-credit yang menunjukkan apa akan berlaku pada masa hadapan MCU dan selepas menonton filem ini daripada awal hingga habis, nampaknya ada banyak perkara menarik untuk saya jelaskan.
AMARAN! Artikel ini mengandungi banyak spoiler tentang Ant-Man and The Wasp: Quantumania, jadi seeloknya korang tonton dahulu movie sebelum membaca artikel ini!
Apa jadi di penamat?
Selepas peristiwa “Avengers: Infinity War” dan “Avengers: Endgame,” Scott Lang (Paul Rudd) dan Hope Van Dyne (Evangeline Lilly) kembali meneruskan pengembaraan superhero mereka sebagai Ant-Man dan The Wasp.
Bersama dengan ibu bapa Hope – Janet Van Dyne (Michelle Pfeiffer) dan Hank Pym (Michael Douglas), serta anak perempuan Scott – Cassie Lang (Kathryn Newton), seluruh keluarga mendapati diri mereka terperangkap di Quantum Realm, dan berjumpa dengan makhluk yang unik dan pelik.
Rupanya, Kang the Conqueror (Jonathan Majors) turut terperangkap di alam ini di mana kita dapat tahu dia dibuang oleh varian-varian sendiri yang takut dengannya. Memerlukan kuasa ‘Multiversal Power Core’, Scott Lang diburu oleh Kang yang memaksanya mendapatkan semula sumber tenaga tersebut.
Di penghujung filem, Scott dan Hope berjaya mengalahkan Kang the Conqueror selepas dia disedut ke dalam ‘Multiversal Power Core’ dan mereka pulang ke dunia normal. Walaupun hidup seolah-olah aman semula, Scott tiba-tiba menjadi bimbang dan tertanya jika apa dia buat adalah keputusan yang betul.
Ini kerana Kang yang dia temu “mahu membalas dendam kepada varian-varian yang membuangnya” dan ada kemungkinan besar, mereka lebih bahaya. Namun, Scott buat tidak endah dan teruskan harinya.
Adegan post-credit #1
Rupanya, apa yang Scott bimbangkan sebenarnya betul.
Dalam post-credit pertama, kita dibawa ke tempat di luar ruang dan masa, di mana tiga Kang berbeza sedang melihat pelbagai alam multiverse di hadapan mereka. Nama mereka tidak didedahkan tetapi menurut penampilan tiga Kang ini, kemungkinan besar ia adalah Immortus, Rama-Tut, dan Scarlet Centurion.
Dalam adegan itu, ketiga-tiga Kang itu membincangkan bagaimana “Exiled One” (Kang versi Ant-Man 3) dibunuh oleh seorang Avenger. Di sini, masing-masing mula bimbang jika pasukan Avengers akan mengacaukan Multiverse dan menghancurkan semua yang mereka.
Oleh itu, Immortus siap-siap menyeru setiap varian Kang dari alam berbeza di mana beratus-ratus Kang muncul di stadium yang besar untuk merancang langkah seterusnya bagi menguruskan Avengers dari dunia Earth-616. Memandangkan seorang Kang pun sukar untuk dikalahkan, bagaimana jika mereka terpaksa berhadapan dengan jumlah banyak begitu.
Adegan post-credit #2
Untuk adegan post-credit kedua, kita dibawa ke sebuah persembahan sains pada awal abad ke-19. Di atas pentas adalah seorang lelaki bernama Victor Timely (juga varian Kang) yang menerangkan kepada penonton bagaimana “masa boleh dimanipulasi dan digunakan untuk kepentingan manusia.”
Di kalangan penonton, kita dapat melihat Loki (Tom Hiddleston) sedang bercakap dengan Mobius (Owen Wilson) yang menerangkan bahawa lelaki di atas pentas adalah penjahat yang mereka cari. Mobius tidak yakin kerana lelaki itu nampak lemah, tetapi Loki sangat yakin bahawa Victor adalah individu yang berbahaya kepada Multiverse.
Adegan ini sebenarnya adalah teaser untuk Loki Season 2 yang bakal ditayangkan pada pertengahan 2023.
Untuk membaca segala liputan kami tentang wira Ant-Man dan MCU, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post