Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Cyberpunk: Edgerunners dedahkan visual baru, dibuat oleh studio Trigger

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 9, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Netflix
0 0
0
Anime Cyberpunk: Edgerunners dedahkan visual baru, dibuat oleh studio Trigger
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Netflix telah mendedahkan trailer baru untuk Cyberpunk: Edgerunners, sebuah anime baru yang berdasarkan dunia game Cyberpunk 2077 dan dianimasikan oleh studio Trigger.

Berikut adalah trailer pertama:

Menurut Netflix:

“Anime Cyberpunk: Edgerunners mengisahkan cerita 10 episod tentang seorang budak jalanan yang cuba bertahan hidup di bandar futuristik yang obses dengan teknologi dan pengubahsuaian badan. Setelah kehilangan segala-galanya, dia memilih untuk teruskan hidup dengan menjadi seorang “edgerunner” – tentera upahan juga dikenali sebagai cyberpunk.”

Seperti saya kata tadi, siri baru ini berlangsung di dunia yang sama seperti game terkenal Cyberpunk 2077 oleh CD Projekt Red, tetapi mempunyai gaya visual yang lebih menyerupai karya studio Trigger. Menurut Netflix, anime baru itu akan ditayangkan pada September 2022.

Edgerunners diarahkan oleh pengarah Hiroyuki Imaishi, yang juga mengarahkan Promare, Kill La Kill dan Gurren Lagann manakala jalan cerita dicipta oleh penulis komik Poland Bartosz Sztybor. Satu lagi perkara yang hebat adalah anime ini akan menampilkan muzik oleh Akira Yamaoka, bekas komposer Konami yang terkenal kerana mencipta muzik bagi siri game Silent Hill.

Hiroyuki Imaishi akan mengarahkan siri ini bersama penolong pengarah Masahiko Otsuka, pengarah kreatif Hiromi Wakabayashi, pereka watak Yoh Yoshinari dan Yuto Kaneko, dan lakon layar yang diadaptasi oleh Yoshiki Usa dan Masahiko Otsuka.

Cyberpunk 2077 asalnya dikeluarkan untuk PC, Playstation 4, Xbox One dan Google Stadia pada tahun 2020. Versi next-gen untuk Playstation 5 dan Xbox Series X|S telah dikeluarkan pada bulan Februari lalu dan buat masa sekarang, CD Projekt Red kini sedang sibuk membangunkan DLC expansion pertama bagi game itu.

Selain daripada anime Cyberpunk baru, studio Trigger pula sedang mengusahakan entri ketiga dalam universe Gridman, sebuah filem panjang yang akan menampilkan watak daripada kedua-dua siri anime SSSS.Gridman (2018) dan SSSS.Dynazenon (2021).

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – Netflix

Tags: animeCYBERPUNK: EDGERUNNERSnetflixStudio Trigger
Previous Post

Siri Black Shark 5 Pro kini boleh didapatkan bermula pada harga RM3699!

Next Post

Tarikh pelepasan God of War Ragnarok dilaporkan tunda sehingga hujung Disember!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
Tarikh pelepasan God of War Ragnarok dilaporkan tunda sehingga hujung Disember!

Tarikh pelepasan God of War Ragnarok dilaporkan tunda sehingga hujung Disember!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd