Semua peminat anime kini bertumpu pada Bleach selepas mendapat maklumat bahawa anime akan membuat comeback. Malangnya, pihak produksi tidak berkongsi sebarang maklumat lanjut sehinggalah hari ini. Diumumkan di Twitter rasmi Bleach, mereka memaklumkan peminat bahawa Bleach akan keluarkan info pertama untuk musim finale anime di acara Jump Festa pada 18 Disember.
Menurut posting di atas, Bleach akan berkongsi visual dan trailer utama di acara siarang langsung, Super Stage EX Bleach yang menampilkan Masakazu Morita (Kurosaki Ichigo), Noriaki Sugiyama (Ishida Uryū) dan Fumiko Orikasa (Kuchiki Rukia). Pada masa yang sama, Shu Murakoshi selaku editor Shonen Jump dan penerbit Burn the Witch juga akan membuat kemunculan. Yang terakhir juga berkhidmat sebagai penerbit Burn the Witch. Walaupun akan didedahkan pada 18 Disember 2021, kita tidak akan tahu secara tepat bila trailer terbaru untuk anime Bleach akan didedahkan.

Sebuah pameran Bleach juga akan dibuka di Shibuya, Tokyo pada 18 Disember sehingga 16 Januari 2022. Acara ini akan mempamerkan karya seni daripada siri Bleach, di mana peminat boleh mengambil bahagian dalam sesi temubual istimewa dengan pencipta, Tite Kubo.
Pada bulan lepas, saya juga mendapat info bahawa anime finale Bleach (kemungkinan besar) tidak akan “disensor”. Beberapa sumber menerima maklumat mengenai slot tayangan masa di Jepun, yang ternyata memang tengah malam. Bagi mereka yang kurang tahu, waktu tayangan pada tengah malam biasanya diberikan untuk anime dengan unsur “gory, brutal dan matang”. Untuk maklumat lanjut tentang berita itu, korang boleh baca di SINI.
Adakah korang pon tak sabar untuk melihat anime Bleach buat comeback? Jom kongsikan pendapat dengan saya di ruang komen! Untuk segala liputan kami tentang Bleach termasuk fakta & trivia, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post