Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Silver Palace Pamerkan Gameplay Baru, Fokus Pada Combat, Siasatan & Watak!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 9, 2026
in Action, Android, Artikel, Berita, iOS, Mobile, Open World, PC, RPG
0 0
0
Silver Palace Pamerkan Gameplay Baru, Fokus Pada Combat, Siasatan & Watak!
Share on FacebookShare on Twitter

Silver Palace telah berkongsi gameplay baharu tentang dunianya, memaparkan kandungan dari ujian beta “Monotype” bagi versi PC. Walaupun tempoh pendaftaran untuk ujian beta awal ini telah pun berakhir, video ini menyemarakkan lagi semangat kami yang menantikan pelancaran rasminya nanti.

Berlatarbelakangkan kota metropolis Silvernia yang diinspirasikan dari era Victoria, Silver Palace akan membawa pemain ke dalam sebuah dunia revolusi industri, hasil daripada penemuan elemen Silverium.

Pemain akan mengambil peranan sebagai seorang detektif yang pulang semula ke kota tersebut setelah tiga tahun untuk menyiasat punca sebenar di sebalik kematian insan tersayang. Penceritaan ala “kisah dongeng gotik” ini dihidupkan dengan kualiti visual janaan Unreal Engine 5.

Gameplay yang dipertontonkan baru-baru ini memfokuskan kepada rakaman dari ujian beta “Monotype”, memberikan gambaran tentang aksi yang boleh dijangkakan di setiap sudut bandar. Para penonton telah disajikan dengan pelbagai babak menarik, termasuk penerokaan persekitaran bandar, combat, serta klu kepada naratif permainan.

Para peserta yang terpilih untuk menyertai ujian beta ini akan menjadi antara yang terawal untuk menikmati pelbagai kandungan eksklusif, antaranya:

  • Pemain berpeluang mengawal sebanyak tujuh watak dengan abiliti yang pelbagai.
  • Ujian beta ini akan membuka akses ke daerah-daerah Silvernia, lengkap dengan pelbagai side quest dan boss yang tersembunyi.
  • Satu ciri unik membolehkan pemain membeli dan menyewakan hartanah dalam dunia permainan untuk meraih keuntungan jangka panjang.
  • Silverium Pegasus: Sejenis mount yang boleh digunakan untuk menjelajah kota.
  • Cabaran combat berperingkat tinggi seperti “Deep Cognito” dan “Case Simulation” disediakan khusus untuk menguji kehebatan pemain-pemain.

Silver Palace menawarkan sebuah sistem combat yang dinamik. Pemain boleh menubuhkan sebuah party yang dianggotai sehingga empat watak, dan bertukar antara mereka pada bila-bila masa untuk melancarkan skill chain serta kombo Quick-Time Event.

Gameplay memberikan penekanan kepada elemen aksi dan penyiasatan, di mana watak utama boleh bertukar-tukar antara gaya serangan jarak jauh dan serangan dekat.

Bagi aspek penyiasatan pula, pemain dikehendaki untuk mengumpul bukti, membuat analisis di lokasi jenayah, serta mengimbas NPC untuk membongkar penyamaran musuh. Aspek pergerakan di dalam bandar juga merupakan komponen penting, dengan adanya pilihan seperti grappling hook dan jentera mekanikal.

Buat masa ini, tarikh pelancaran rasmi Silver Palace masih belum diumumkan. Namun, disahkan bahawa game ini sedang dibangunkan untuk platform konsol, PC, iOS, dan Android.

Tags: Silver Palace
ShareTweetSend
Previous Post

Anda Dijemput Ke Acara Pelancaran Yakuza Kiwami 3 & Dark Ties – Pelbagai Aktiviti & Peluang Jumpa Pengarah Game!

Next Post

PUBG: BLINDSPOT Akan Tersedia Secara Early Access Bermula 5 Februari!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
PUBG: BLINDSPOT Akan Tersedia Secara Early Access Bermula 5 Februari!

PUBG: BLINDSPOT Akan Tersedia Secara Early Access Bermula 5 Februari!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd