Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Amuro kembali dalam Gundam: Cucuruz Doan’s Island – Info baharu tentang visual didedahkan

safwan by safwan
April 27, 2022
in Anime, Artikel, Berita, Gunpla, Movie/siri
0 0
0
Amuro kembali dalam Gundam: Cucuruz Doan’s Island – Info baharu tentang visual didedahkan
Share on FacebookShare on Twitter

Bandai Namco Filmwork melancarkan trailer dan visual baharu untuk filem anime Mobile Suit Gundam Cucuruz Doan’s Island. Trailer tersebut menggunakan lagu daripada Hiroko Moriguchi yang bertajuk ‘Ubugoe’ (Baby’s First Cry) sebagai lagu tema. Trailer untuk filem ini mempunyai versi 60 saat dan 30 saat.

https://youtu.be/Dqe4YUT4ADE
https://youtu.be/_RbLEuqduho

Pada awal pengumuman filem ini, mereka ingin menceritakan semula episod 15 dalam anime Mobile Suit Gundam Original kerana episod itu telah diabaikan untuk pengeluaran versi bahasa Inggeris.

Kisah ini berlaku selepas Federation defense of Jaburo merancang untuk menyambung serangan ke atas ibu pejabat Zeon di Odessa. Amuro dan White Base menuju ke Belfast untuk mencari bekalan, tetapi White Base menerima pesanan baharu – “Untuk menuju ke ‘Island of No Return’, anda mesti mencari dan memusnahkan mana-mana Zeon yang sesat.”

Amuro pergi ke pulau itu untuk mencari pengintip Zeon tetapi dia menemui sekumpulan kanak-kanak dan Mobile Suit Zaku di pulau yang dikatakan tidak berpenghuni. Selepas meninggalkan Gundam, Amuro bertemu dengan seorang lelaki yang bernama Cucuruz Doan. Selepas membongkar rahsia pulau itu, Amuro cuba untuk kembali ke Gundam dan melarikan diri.

Berikut adalah dua pelakon baharu yang telah didedahkan:

Yuma Uchida sebagai Marcos yang merupakan anak sulung dalam kalangan kanak-kanak yang dilindungi oleh Cucuruz Doan.

Fu Hirahara sebagai Cara, seorang gadis yang berperanan umpama ibu kepada anak-anak di pulau itu.

Sebelum ini mereka telah memperkenalkan ramai pelakon yang akan terlibat dalam filem ini. Berikut adalah pelakon-pelakonnya:

Toru Furuya sebagai Amuro Ray
Shunsuke Takeuchi sebagai Cucuruz Doan
Ken Narita sebagai Bright Noa
Satomi Arai sebagai Mirai Yashima
Megumi Han sebagai Sayla Mass
Toshio Furukawa sebagai Kai Shiden
Hideki Nakanishi sebagai Hayato Kobayashi
Misato Fukuen sebagai Fraw Bow
Tomofumi Ikezoe sebagai Sleggar Law
  • Toru Furuya sebagai Amuro Ray
  • Shunsuke Takeuchi as Cucuruz Doan
  • Ken Narita sebagai Bright Noa
  • Satomi Arai as Mirai Yashima
  • Megumi Han as Sayla Mass
  • Toshio Furukawa as Kai Shiden
  • Hideki Nakanishi as Hayato Kobayashi
  • Misato Fukuen as Fraw Bow
  • Tomofumi Ikezoe as Sleggar Law

Pencipta manga dan animator Yoshikazu Yasuhiko mengarahkan filem ini dan dikreditkan bersama pereka bentuk watak bersama Atsushi Tamura (Weathering with You) dan Tsukasa Kotobuki (Mobile Suit Gundam: The Origin, Saber Marionette J). Yasuhiko telah mendedahkan bahawa dia sedang mengerjakan filem anime yang belum diumumkan pada Jun yang lepas.

Filem ini dibantu oleh Ka Hee Im sebagai penolong pengarah, Toshizo Nemoto (Macross Delta) sebagai penulis skrip, Pereka mekanikal Gundam lama, Kunio Okawara, Hajime Katoki dan Kimitoshi Yamane untuk membantu dari bahagian reka bentuk mekanikal. Takayuki Hattori (Mobile Suit Gundam: The Origin) sebagai pengarang muzik.

Yuji Kaneko ialah pengarah seni, manakala Nagisha Abe ialah artis color key. Takeshi Katsurayama dan Ryo Iijima ialah pengarah fotografi. Shuhei Morita dan Morihito Abe ialah pengarah untuk CGI. Kazuhiro Nii sebagai penyunting dan Sadayoshi Fujino sebagai pengarah bunyi.

Gundam Cucuruz Doan’s Island akan ditayangkan di Jepun mulai 3 Jun manakala untuk tayangan seluruh dunia masih tidak didedahkan lagi. Harap-harap filem ini akan ditayangkan di Malaysia seperti filem Gundam sebelum ini, Mobile Suit Gundam NT(Narrative). Untuk lebih banyak berita menarik tentang Gundam, sila klik pautan ini.

Sumber: Gundam.info

Tags: Gundam Cucuruz Doan's Island
Previous Post

PUBG Mobile X Evangelion, kolaborasi anime kedua akan tiba Mei 2022

Next Post

Tingkatkan pengalaman gaming bersama Apple Arcade & Apple Music – untuk pengguna iOS

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
Tingkatkan pengalaman gaming bersama Apple Arcade & Apple Music – untuk pengguna iOS

Tingkatkan pengalaman gaming bersama Apple Arcade & Apple Music - untuk pengguna iOS

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd