Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ALARA Prime – game FPS 4v4 percuma akan dilancarkan pada 2023 di Steam!

safwan by safwan
July 12, 2022
in Artikel, Berita, Game Baru, PC, Shooter, Steam
0 0
0
ALARA Prime – game FPS 4v4 percuma akan dilancarkan pada 2023 di Steam!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan oleh Level Infinite, ALARA Prime merupakan game FPS 4v4 percuma yang akan dilancarkan di PC melalui Steam pada tahun 2023. Dibangunkan oleh Fall Damage, ia telah dibuka untuk ujian pra-alpha untuk pemain di Eropah bermula daripada 15 Julai sehingga 17 Julai 2022.

Tentang ALARA Prime

ALARA Prime ialah first-person shooter kompetitif percuma. Mereka akan menampilkan perlawanan pasukan antara empat orang pemain setiap pasukan. Anda akan memilih class, gunakan pelbagai gajet, menfaatkan persekitaran dan bekerjasama untuk meraih kemenangan.

Format tiga pasukan mod Transmisi membuka pintu kepada pilihan strategik baharu. Pasukan boleh tikam belakang, kekal fokus pada objektif, atau menunggu saat apabila musuh paling tidak menjangkakan serangan.

Ciri-ciri penting

  • Transmission – Semasa Ujian Pra-Alpha, anda akan memainkan mode Transmission, di mana tiga pasukan daripada empat pemain akan bersaing untuk mengawal Uplink. Satu pasukan akan bertahan dan dua lagi akan menyerang. Pasukan akan bergilir-gilir menukar posisi dan mempertahankan setiap tapak yang berbeza.
  • Class – Terdapat empat kelas dalam ALARA Prime iaitu Assault, Infiltrator, Support dan Engineer. Setiap class akan mempunyai senjata dan gajet yang unik.
  • Senjata – Dalam ALARA Prime, terdapat pelbagai senjata untuk dipadankan dengan gaya permainan anda. Daripada assault rifle, submachine gun, shotgun dan pistol. Setiap class mempunyai akses kepada set utama dan senjata sampingan yang berbeza bersama dengan ability sekunder yang disertakan dengan semua senjata utama.
  • Gajet – Manfaatkan pelbagai gajet untuk membantu anda dan pasukan dengan melempar bom tangan, memasang perangkap, menyekat pintu masuk, menggunakan dron untuk menggodam gajet musuh, kumpulkan intel dengan alat penyusupan atau gunakan umpan untuk mengelirukan musuh. Setiap daripada gajet akan mempunyai kategori masing-masing seperti intelligence, infiltration, support, offence dan defence.
  • Map – Dalam Ujian Pra-Alfa ini, anda akan bermain dalam map pertama yang dikenali sebagai “Power Plant”. Di peta tersebut, mereka akan menampilkan segala-galanya daripada pertempuran jarak dekat ke lorong penembak tepat. Gunakan reka bentuk persekitaran dalam peta untuk mengukuhkan kedudukan atau bertempur dengan musuh.

Saya ingin mengingatkan anda bahawa game ini masih dalam fasa pembangunan dan akan melancarkan ujian pra-Alpha di Eropah sahaja. Malangnya, banyak negara-negara lain termasuk Malaysia tidak tersedia untuk ujian tersebut. Buat masa sekarang, mereka tidak mengumumkan sebarang tarikh rasmi bagi pelancaran game ini dan yang pasti ianya akan dikeluarkan pada tahun 2023 di Steam. Mari kita sama-sama nantikan ALARA Prime pada masa akan datang.

Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak maklumat menarik berkenaan game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

Tags: ALARA Prime
Previous Post

[Review] Sonic Origins (PS5) – Koleksi game klasik Sonic membawa memori lama

Next Post

Preview Company of Heroes 3: Alami semula Perang Dunia 2 dari perspektif Afrika Utara

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu
Berita

Fate/EXTRA Record Bakal Tiba 28 Januari 2027 – Info Edisi & Gameplay Yang Perlu Anda Tahu

September 7, 2026
Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan
Jom Singgah!

Nak Serbu Pokémon Center Pop-Up Pertama Di Ombak KLCC? Ini Panduan Masuk Semasa Hari Pembukaan

September 7, 2026
Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Next Post
Preview Company of Heroes 3: Alami semula Perang Dunia 2 dari perspektif Afrika Utara

Preview Company of Heroes 3: Alami semula Perang Dunia 2 dari perspektif Afrika Utara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd