Wow, sebelum ini kita dengar atau baca tentang PUBG menentang dan menyaman habis habisan kepada NetEase Game. Dan, akhirnya, kali ini, PUBG mengambil langkah untuk menyaman Epic Games, yang bertanggungjawab dalam membangun game yang popular pada masa kini, iaitu Fortnite. Tapi, bukan ke Unreal Engine 4 yang PUBG pakai tu, dari Epic Games. Hurmm, menarik cerita ni,jom, follow aku dalam entri yang kedua ni.
Katanya, langkah mengapa PUBG menyaman Fortnite adalah sebab ingin mempertahankan copyright genre battle royale tu. Ke sebab PUBG takut akan kenaikan fanbase dan juga pemain game Fortnite? Huh. Pada tahun lepas, memang tidak di nafikan yang populariti PUBG melonjak naik di kalangan para gamers. Tetapi, pada tahun ini, giliran Fortnite pula untuk menyerlah, kerana Fortnite telah berjaya mendominasi penonton di Twitch.
Developer PUBG sebelum ini pernah menyatakan tentang kerisauan yang melanda akan persamaan dua game tersebut, dan sekarang ni, syarikat Korea PUBG, Subsidiari kepada Bluehole, menyaman Epic Games di Korea. Katanya PUBG menyaman Epic Games, dan mendakwa mereka atas pelanggaran hak cipta juga telah memfailkan lawsuit untuk Seoul Central District Court untuk mengetahui adakah Fortnite telah menciplak PUBG.
Kata seorang yang tidak bernama di dalam PUBG:
“Mereka telah memfailkan lawsuit dari Januari lagi bagi mempertahankan hak cipta mereka“
Bagi aku, ianya tidak jelas bagaimana Fortnite didakwa melanggar hak cipta PUBG, tetapi, macam aku cakap tadi, dua-dua game tersebut menggunakan Unreal Engine yang sama, yang di lesenkan oleh Epic Games.
Jadi, bagi aku, adakah PUBG terdesak disebabkan ramai orang telah lari? atau, ini hanyalah drama? Hurmmm, walau apa pun, aku tidak berharap mana-mana pihak untuk menang, kerana, masing-masing ada kelebihan dan kelainan mereka tersendiri. Tertakluk atas pemain untuk memilih game mana yang mereka nak main. Ikut keselesaan pemain.
Sumber: Wanuxi
@gamersantaimy
Discussion about this post