Tidak sampai setahun dilancarkan, game mobile Sword Art Online Variant Showdown (SAOVS) ditutup sementara untuk proses penyelenggaraan. Walaupun begitu, “sementara” tersebut bukanlah seminggu mahupun sebulan, tetapi ianya akan ditutup bermula 31 Ogos ini sehinggalah musim panas 2024 (Julai – September). Anda boleh lihat pengumuman penuh melalui akaun X rasmi game dibawah.
Menurut producer game, Takeuchi penyelenggaraan ini dilakukan untuk memulihkan segala masalah yang sering berlaku dalam game. Ia juga ingin memberikan pengalaman yang lebih stabil untuk semua pemain. Dia turut meminat maaf atas masalah ini serta mengharapkan sokongan yang berterusan oleh peminat.

Memang tipulah kalau tiada pemain yang berpuas hati dengan keputusan yang diambil. Mana tidaknya, bukan selalu game mobile ditutup sementara untuk dilancarkan semula selepas itu. Ada juga yang menjangkakan bahawa game tersebut akan ditutup walaupun penyelenggaraan selesai nanti. Sekarang, ramai yang tertanya-tanya mengenai nasib Sword Art Online Variant Showdown pada tahun depan.

Apa pendapat anda tentang langkah yang diambil pembangun untuk game ini? Boleh kongsikannya di ruang komen! Kalau anda salah seorang pemain SAOVS, jangan lupa untuk simpan “Data Transfer” anda. Kalau tidak ada kemungkinan besar anda boleh hilang akaun yang ada gunakan sekarang ini.
Jangan lupa ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita terkini mengenai game, anime, filem dan banyak lagi!

@gamersantaimy
Discussion about this post