Menerusi Marvel’s Spider-Man, Insomniac Games membuktikan bahawa mereka adalah studio yang tepat untuk game ini. Mereka menunjukkan pemahaman yang mendalam berkenaan wataknya, langsung kepada mekanisma pertempuran dan seni web-slinging-nya.
Alangkah bagusnya sekiranya adiwira lain mendapat layanan yang sama? Disini kita membincang tentang kebarangkaliannya dan mengapa studio tersebut sesuai membikinnya.
Game Wolverine oleh pembangun The Yakuza
Setakat ini, game-game Wolverine kebanyakkan tidak mampu memaparkan watak ini yang sebenar. Untuk menghargai watak ini, kita ambil siri kecilnya dimana dalam siri ini; Wolverine berjuang untuk mendapatkan semula maruahnya setelah dimalukan oleh ketua penjenayah kekasihnya, Mariko Yashida.
Disebalik kuku adamantiumnya, Wolverine sebenarnya seorang watak yang kompleks dan dipenuhi dengan emosi. Lalu, studio yang dirasakan sesuai untuk menterjemahkan Wolverina adalah pembikin game Yakuza. Wolverine sudah tentu boleh menyesuaikan diri dengan dunia yang mereka janakan.
The Unbeatable Squirrel Girl oleh Double Fine
The Unbeatable Squirrel Girl sememangnya komik paling laris Marvel pada masa ini. Seorang watak yang kelakar dan banyak mengajar. Juga merupakan seorang pahlawan tempur berkeupayaan, namun selalunya dia menumpaskan musuh dengan memberikan kaunseling kepada mereka. Dia telah berkawan dengan Galactus, Kraven, Loki, robot Hydra; Brain Drain dan juga pernah berpacaran dengan sebuah Sentinel.
Ini menjadikannya calon yang sesuai untuk studio Double Fine, kerana game mereka selalunya mengandungi elemen-elemen pesona yang menyeluruh daripada dialog hingga ke dunianya.
Ms. Marvel (Kamala Khan) oleh Keita Takahashi
Seorang remaja Pakistan yang tinggal di Jersey City, dia terkena Terrigen Mist yang memberikannya kuasa. Dia memilih untuk menjadi Ms Marvel, sempena idolanya Captain Marvel. Kebolehannya adalah untuk mengembang dan menguncup.
Oleh itu Keita Takahashi adalah calon yang sesuai kerana hasil kerjanya dalam Katamari Damacy dan Noby Boby Fame.
Marvel: Civil War oleh NetherRealm Studios
Menerusi susur galur komik, kejadian-kejadian dalam Marvel: Civil War adalah lebih mendalam, dan dipadankan dengan kesan sampingannya; amat sesuai untuk di olah oleh NetherRealm Studios.
Dengan mekanisma sedia ada mereka, mungkinkah satu hari nanti kita dapat melihat The Punisher membuat gerakan Fatality ke atas lawannya?
Judge Dredd oleh MachineGames
Menerusi filem terkini Dredd yang dilakonkan Karl Urban, kita boleh lihat ianya di olah seperti permainan video. Permulaannya menunjukkan kebolehan pistolnya – The Lawgiver. Kemudian kita diperkenalkan kepada pembantunya; seorang polis baru dengan kebolehan telepati. Ini boleh dianggap sesi tutorial sebelum mereka berdua pergi bertempur di bangunan yang dipenuhi penjenayah.
MachineGames dikenali dengan game shooting first-person yang mengancam dan mendebarkan yang dipenuhi cutscene yang cantik dan watak yang menarik. Dredd tentu akan dihidupkan oleh studio ini.
Fantastic Four oleh Epic Games
Fantastic Four dianggotai oleh Mister Fantastic, Invisible Woman, Human Torch dan The Thing. Dengan kebolehan mereka, tentunya ditangan pembangun yang betul, ianya boleh direalisasikan.
Adaptasikan kebolehan mereka ke dalam game Epic Games iaitu Shadow Complex. Dengan Mister Fantastic, pemain boleh ke bahagian yang tidak boleh dilalui sebelum ini, manakala Invisible Woman boleh menyelinap di bawah pengawasan kamera litar tertutup.
Captain America oleh Naughty Dog
Pada ketika ini, sudah tentu yang mengenali Captain America. Apa yang dipaparkan menerusi Marvel Cinematic Universe adalah hampir tepat dengan terjemahan komiknya.
Dengan segala kerumitan watak Captain America ini, Naughty Dog adalah studio yang sesuai untuknya. Berdasarkan hasil kerja Naughty Dog iaitu Uncharted, Captain Amerika dapat ditampilkan menerusi elemen-elemen serius dan adakalanya berjenaka dan penuh komedi.
Sumber: Gamespot
*Semua gambar adalah hakcipta pemegang masing-masing*
@gamersantaimy
Discussion about this post