Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Blue Exorcist: Shimane Illuminati Saga Akan Ditayangkan pada Januari 2024, Trailer Baru Didedahkan!

Maira by Maira
December 4, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Blue Exorcist: Shimane Illuminati Saga Akan Ditayangkan pada Januari 2024, Trailer Baru Didedahkan!

©加藤和恵/集英社・「青の祓魔師」製作委員会

Share on FacebookShare on Twitter

Setelah diumumkan pada bulan September yang lalu, siri anime Blue Exorcist: Shimane Illuminati Saga bakal menemui peminat pada Januari 2024! Bersama-sama pengumuman itu, trailer baharu juga telah didedahkan. Dalam trailer tersebut, kita didedahkan dengan lagu ending anime bertajuk Gakkyu Nisshi oleh Mulasaki Ima. Anda boleh tonton trailer tersebut di bawah.

Berbeza dengan siri dahulu, saga baharu anime ini tidak dihasilkan oleh A-1 Pictures tetapi diambil alih oleh studio VOLN yang pernah menghasilkan siri seperti Karakuri Circus, Idol Incidents dan filem I want to eat your pancreas. Di studio itu, Daisuke Yoshida sebagai pengarah dan Toshiya Ono yang  mengawasi skrip siri. Yurie Oohigashi diberi tugas pereka watak dan ketua pengarah animasi, manakala Kohta Yamamoto dan Hiroyuki Sawano akan mengarang muzik. Bagi pelakon suara, semua pelakon daripada Season 1 dan 2 akan kembali semula untuk Season 3.

©加藤和恵/集英社・「青の祓魔師」製作委員会

Bagi mereka yang kurang tahu, Blue Exorcist merupakan siri manga fantasi gelap Jepun yang ditulis dan diilustrasikan oleh Kato Kazue. Mula diterbitkan dalam majalah Jump Square sejak April 2009, sebanyak 29 jilid tankōbon telah dikumpulkan setakat Julai 2023. Siri ini menjadi sangat popular sehingga diadaptasi kepada siri anime dengan dua musim serta satu filem anime.

©加藤和恵/集英社・「青の祓魔師」製作委員会

“Kisahnya menceritakan tentang seorang remaja bernama Rin Okumura, yang menyedari dia dan adik kembarnya Yukio merupakan anak lelaki Satan, yang dilahirkan daripada seorang wanita manusia, dan dia adalah pewaris kuasa itu. Apabila Satan membunuh penjaga mereka, iaitu bapa angkat mereka – Fujimoto Shiro, Rin mendaftarkan diri di True Cross Academy untuk menjadi seorang Exorcist di bawah jagaan Yukio bagi menewaskan Satan yang juga merupakan bapa sebenarnya.“

Untuk membaca berita lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Tags: Blue ExorcistBlue Exorcist: Shimane Illuminati Saga
ShareTweetSend
Previous Post

BoBoiBoy Sori Capai 3 Juta Tontonan Dalam 24 Jam!

Next Post

Acer Siap Sedia Untuk Musim Cuti Dengan Laptop Nitro V 15 Baru & Beg Galas Khas!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
Acer Siap Sedia Untuk Musim Cuti Dengan Laptop Nitro V 15 Baru & Beg Galas Khas!

Acer Siap Sedia Untuk Musim Cuti Dengan Laptop Nitro V 15 Baru & Beg Galas Khas!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd