Acer mengumumkan barisan 3D stereoskopik SpatialLabs ke barisan laptop Aspire dan paparan gaming Predator. Laptop Aspire 3D Edisi SpatialLabs menghasilkan kandungan 3D yang menawan untuk hiburan dan penciptaan di atas paparan UHD 15.6 incinya; ia juga datang dengan beberapa aplikasi SpatialLabs yang dikuasakan oleh AI untuk penontonan dan penciptaan kandungan 3D, tanpa memerlukan cermin mata khusus, memuaskan para pengguna ketika menonton kandungan kesukaan mereka dan memperkasakan pemaju dengan kebolehan untuk melihat rekaan mereka dalam bentuk 3D. Dengan Microsoft Copilot dalam Windows 11, para pengguna boleh merasai peningkatan dalam proses kreatif dan produktiviti dengan pembantu tugasan yang berkuasa AI, sementara penyelesaian Acer yang disokong AI dalam Acer PurifiedView dan PurifiedVoice menaik taraf panggilan dalam laptop 3D ini.

Dengan paparan gaming Predator SpatialLabs View, para gamer boleh diselubungi dalam pengalaman seperti hidup 3D dengan teknologi SpatialLabs TrueGame yang menghidupkan dunia gaming 3D seperti yang dibayangkan oleh pembangun game. TrueGame menghasilkan reka bentuk game 3D asli dengan perincian yang mendalam supaya para gamer boleh menikmati 3D yang menawan lagi hidup, sementara sistem Acer Immerse Audio bertindak sebagai headphone maya untuk suara ambient.
Aspire 3D 15 Edisi SpatialLabs: Membebaskan Pengalaman Berkuasa AI dan Mendalam
Dengan harapan untuk membawa pengalaman hiburan 3D dan kreatif yang mendalam kepada golongan pengguna yang lebih besar, laptop Acer Aspire 3D 15 (A3D15-71GM) baharu menyepadukan penyelesaian optik SpatialLabs yang canggih bersama dengan kuasa dari cip pemproses sehingga Intel Core i7 13620H dan GPU laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX 4050 demi menghasilkan gambar dan babak 3D yang menawan.

Laptop 3D stereoskopik ini datang dengan SpatialLabs Experience Center Pro, yang mengandungi pelbagai aplikasi dan tambahan untuk menaik taraf pengalaman 3D untuk pencipta kasual dan peminat. SpatialLabs Go mempertingkatkan pendalaman kandungan dengan menggunakan model AI khusus daripada Acer untuk mengubah kandungan 2D menjadi 3D pada masa sebenar. Tidak kira kandungan gambar pemandangan yang menarik, video kenangan berharga, atau bahkan video dari YouTube, SpatialLabs Go menjana kedalaman untuk kandungan 2D anda dan mengubahnya kepada 3D stereoskopik di depan mata anda. Selain itu, SpatialLabs Player memberi kawalan untuk playback video bersampingan dan beralih antara mod 2D atau 3D dengan lancar.

Para pencipta boleh mengambil kesempatan atas teknologi aplikasi dan penghasilan daripada SpatialLabs Model Viewer untuk mengimport dan mengubah fail CGI dan CAD kepada ilustrasi 3D untuk diperiksa dan menunjuk idea dengan lebih terperinci. Laptop 3D ini juga menyokong aplikasi masa jalan OpenXR Acer untuk penciptaan kandungan 3D yang lancar di atas aplikasi yang sesuai, bersama dengan alat-alat pemaju seperti pasangan SpatialLabs Unity dan Unreal Engine untuk mempercepat projek 3D dan memperluaskan sokongan untuk pencipta-pencipta di pelbagai bidang. Laptop 3D ini direka untuk pengkomputeran masa depan, lengkap dengan Copilot dan kekunci tersendiri untuk kemudahan pembantu AI. Copilot membolehkan peningkatan kepada proses kreatif dan produktiviti, menggunakan kuasa AI untuk bantuan peribadi dan tugas-tugas ketika bekerja, mencipta dan bermain.

Visual 3D dihasilkan dengan terperinci dan warna sinematik di atas paparan IPS UHD 15.6 incinya dengan 100% sokongan untuk gamut warna Adobe RGB dan boleh ditukar antara mod tontonan 2D dan 3D. Ketika panggilan video, Acer PurifiedVoice dan PurifiedView juga bekerjasama supaya pengguna boleh tampil cemerlang dengan teknologi pengurangan bunyi dan kesan kamera yang disokong oleh AI. Walaupun ditugaskan dengan penghasilan 3D yang berat, perkakasan dalaman Aspire 3D 15 kekal sejuk dan berupaya dengan teknologi TwinAir dari Acer dan sistem penyejukan yang dilengkapi dengan tiga paip tembaga yang melepaskan haba dengan cekap. Penyelenggaraan sistem dan pemantauan prestasi peranti ini dimudahkan oleh aplikasi AcerSense, boleh diakses daripada kekunci AcerSense tersendiri. Para pengguna juga akan menghargai memori Acer Aspire 3D 15 yang besar sehingga DDR5 32 GB dan storan sehingga 2TB, juga pilihan pelbagai sambungan dengan port HDMI 2.1, port USB Type-C Thunderbolt 4 dan Wi-Fi 6.
Monitor Gaming Predator SpatialLabs View 27: Gaming 3D Ditakrifkan Semula
Acer telah mengembangkan barisan monitor 3D stereoskopik mereka dengan monitor gaming Predator SpatialLabs View 27 baharu, membolehkan para gamer menikmati dunia 3D dengan lebih mendalam. Mod 3D Ultra terkini dengan kamera maya keduanya menghasilkan kedalaman dan geometri yang lebih terperinci pada setiap babak, ia juga menawar pilihan stereo 3D yang lebih luas untuk membolehkan para gamer menyesuaikan kesan dan keamatan visual. Dengan menekan fungsi One-Click Game yang dipatenkan akan melancar game dengan profil 3D yang telah di pra-atur secara automatik, dengan pilihan game AAA dan klasik yang ditambah setiap bulan untuk diterokai.
Acer Immerse Audio melengkapkan pengalaman 3D di monitor gaming ini dengan teknologi suara ruangan yang menyelubung. Bunyi yang mendalam boleh dihasilkan daripada dua speaker 2.5W dan teknologi pengesanan kepala untuk menghasilkan rasa seolah-olah menggunakan headphone.

Visual 2D dan 3D yang menawan dengan warna yang cemerlang ditunjukkan pada monitor boleh tukar 2D-3D 4K 27 inci Predator SpatialLabs View 27, berkat refresh rate secepat 160Hz, kecerahan sehingga 400 nits dan ketepatan warna Delta<2. Dengan piawaian AMD FreeSync dan keserasian NVIDIA G-SYNC, monitor gaming 3D ini menghasilkan frame yang jelas dan lancar walaupun bermain dalam persekitaran yang malap.
Untuk pencipta dan pemaju profesional, Acer SpatialLabs View Pro 27 diumumkan sebagai salah satu penyelesaian SpatialLabs untuk mempertingkatkan proses pembentukan idea dan unsur audiovisual 3D, membawa perincian setiap reka bentuk dan konsep lebih dekat ke hidup.
Buat masa ini, tiada lagi harga rasmi edisi spatialLabs baharu ini untuk pasaran Malaysia. Jadi nantikan pengumuman rasmi daripada Acer Malaysia pada masa akan datang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post