Acer telah mengembangkan barisan monitor gaming Predator untuk golongan gamer dengan empat model premium yang direka untuk memastikan pengalaman gaming yang mengasyikkan dengan paparan lebar lengkung, kualiti gambaran yang menakjubkan dan prestasi yang lancar. Paparan-paparan terbaharu termasuk dua model MiniLED dengan 2304 zon, dengan produk flagship Predator Z57, model terbesar dengan paparan DUHD (7680 x 2160) 57 inci pada refresh rate 120 Hz dan Predator X34 V3 dengan paparan 34 inci, saiz yang sangat popular di kalangan golongan gamer PC. Sebagai tambahan, Predator X39 39 inci yang hebat dan Predator X34 X dengan paparan OLED yang cerah menawarkan pengalaman visual yang memukau dan lancar dengan refresh rate sehingga 240 Hz dan response time pixel serendah 0.01 ms.
Predator Z57
Predator Z57 berukuran besar 57 inci ini dengan resolusi DUHD (7680 x 2160) pada refresh rate 120 Hz. Dengan penggunaan teknologi MiniLED 2304 zon, paparan ini mampu memberi kualiti gambaran yang tinggi dan cerah dalam adegan yang gelap dan latar belakang hitam. Nisbah aspek lebar 32:9 dan lengkungan 1000R-nya menarik para pengguna ke dalam lingkungan permainan dan meluaskan bidang penglihatan mereka ketika bermain ataupun bekerja.
Sebagai tambahan, piawaian VESA DisplayHDR 1000 yang terkemuka membolehkan paparan ini mencapai kecerahan sehingga 1000 nit, menghasilkan warna yang tepat dan memaksimumkan kontras antara terang dan gelap untuk menerangi butir-butiran yang halus yang menjadi penentu kemenangan ketika sesi gaming yang sengit. Lengkap dengan gamut warna lebar 98% DCI-P3, Predator Z57 ini menghasilkan pengalaman visual yang seakan hidup.
Kawasan tontonan yang lebarnya sesuai untuk pelbagai tugasan dengan ciri-ciri yang membantu produktiviti, termasuk picture-by-picture yang membahagi dua paparan ini untuk memaparkan paparan daripada dua sumber paparan di masa yang sama dan picture-in-picture yang membahagi paparan tersebut dengan paparan di skrin utama dan paparan yang lain di dalam tetingkap sisipan. Dua port HDMI 2.1 boleh menyokong konsol gaming terkini seperti PS5 dan Xbox Series, port DisplayPort 1.4 juga menawarkan sambungan yang tangkas dan mampan.
Predator Z57 juga mengikut piawaian VESA membolehkannya digantung dari dinding untuk meluaskan ruang meja dan tapaknya anggun, juga teguh dan menawarkan pelarasan ketinggian, kecondongan dan pusingan untuk kesesuaian pengguna. Model ini juga datang dengan dua speaker 10W yang kuat untuk menguatkan pelbagai kesan bunyi.
Predator X34 V3
Predator X34 V3 datang dengan paparan melengkung MiniLED 34 inci dengan resolusi 21:0 ultra lebar QHD (3440 x 1440) untuk prestasi yang lancar dan pemandangan aksi yang luas. Lengkungan 1500R-nya memberikan keasyikan yang mendalam serta meningkatkan penglihatan tepi mereka, gamut warna yang tinggi 94% DCI-P3 dan piawaian VESA DisplayHDR 1000 menampilkan pelbagai game dalam warna yang terang dan berkilau.
Refresh rate yang cepat pada 180 Hz dan response time 1 ms membolehkan pengalaman gaming yang lancar tanpa gangguan dengan kesan ghosting yang minimum. Sambungan daripada dua port HDMI 2.0 dan satu port DisplayPort 1.4 membolehkan gamer menyambung ke pelbagai sumber paparan yang tersedia di pasaran. Predator X34 V3 ini juga boleh digantung pada dinding dan datang dengan tapak boleh laras untuk meningkatkan keselesaan pengguna. Sebagai tambahan, dua speaker berkuasa 5W menghasilkan bunyi yang berkualiti tinggi untuk pelbagai game, muzik dan filem dan pelekap dindingnya juga disertakan.
Model-Model OLED: Predator X39 & Predator X34 X
Model-model terbaharu monitor Acer, Predator X39 berukuran 39 inci dan Predator X34 X berukuran 34 inci, membolehkan kontras yang tinggi untuk gambar yang terperinci dan refresh rate dan response time yang cepat untuk prestasi yang terlancar. Monitor ini juga menyokong pengalaman pandangan yang tepat, walaupun dari sudut yang kecil sehingga 178 darjah. Kedua-dua monitor ini menghasilkan resolusi UWQHD (3440 x 1440) dengan refresh rate sehingga 240Hz dan response time 0.01 ms, memastikan gameplay yang lancar dan bebas daripada stuttering dan lag.
Lengkungan 800R-nya meluaskan pemandangan tepi dan meningkatkan garis penglihatan untuk keasyikan yang lebih mendalam. Gamut warna lebar 99% DCI-P3 menyokong pelbagai warna, manakala VESA DisplayHDR True Black 400 menampilkan perincian yang jarang terlihat dalam bayangan untuk memastikan sebarang perincian tidak terlepas. Model-model terbaharu ini juga dipiawaikan Eyesafe 2.0 untuk mengatasi ketegangan mata.
Ciri-ciri Utama Dalam Semua Model Terbaharu
Semua model terbaharu datang dengan AMD FreeSync Premium yang menghasilkan adegan aksi yang pantas tanpa tearing dan flickering. Ia juga dilengkapi dengan port USB Type-C 90W PD untuk paparan, peralihan data dan mengecas peranti di masa yang sama dan suis KVM untuk menukar sumber paparan tanpa menyambung semula pebgaai peranti tambahan.
Buat masa ini, tiada lagi harga rasmi monitor-monitor Predator ini untuk pasaran Malaysia. Jadi nantikan pengumuman rasmi daripada Acer Malaysia pada masa akan datang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post