Acer mengembangkan barisan Swift dengan cip pemproses Intel Core Ultra baharu lengkap dengan unit pemproses saraf (NPU) pertama daripada Intel dan kebolehan pecutan AI yang bersepadu. Dengan rekaan yang lebih tertumpu kepada prestasi, berkemampuan dan intuitif untuk penciptaan kandungan, kerja sekolah, produktiviti dan bermain, kuasa memproses dan ciri-ciri yang dibantu AI menambah kebolehan laptop Swift baharu ini.

“Setelah mengumumkan barisan laptop Intel Core Ultra pertama kami bulan lalu, kami ingin memperkenalkan lebih banyak produk dalam barisan Swift kami untuk membantu lebih banyak pelanggan untuk pengalaman laptop berkualiti tinggi dan teknologi yang disokong AI untuk penggunaan PC yang lebih mengujakan dan berkesan,’ ujar James Lin, Pengurus Besar, Laptop, Produk IT Perusahaan, Acer. “Sebagai tambahan, barisan laptop ini dikemaskinikan dengan ciri-ciri yang membantu pelanggan untuk menjalankan tugas dengan lebih baik.”
“Melalui kerjasama teknikal yang mendalam antara kami dengan Acer, kami ingin berkembang di luar bidang CPU dan bertumpu kepada kecekapan tenaga, grafik dan kegunaan AI. Laptop Acer Swift Go dan Acer Swift X 14 adalah contoh yang cemerlang bagi AI PC di pasaran, dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra dan dilengkapi NPU serba baru. Kami teruja untuk membawa pengalaman yang dipertingkatkan dalam kerjasama, produktiviti dan proses kreatif kepada para pelanggan kami melalui AI PC kami.” Kata Jim Johnson, Timbalan Presiden Senior dan Pengurus Besar Kumpulan Pelanggan Perusahaan, Intel.
Barisan Laptop Acer Swift Go – Teknologi Terkini Dengan Paparan OLED, Wi-Fi 7 dan Ciri-Ciri AI
Acer Swift Go 16 (SFG16-72) dan Swift Go 14 (SFG14-73) dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra dan GPU Intel Arc, membawa prestasi premium dan jangka hayat bateri sepanjang hari sehingga 12.5 jam untuk laptop 14 inci dan sehingga 10.5 jam untuk versi 16 inci.

Direka untuk pengkomputeran masa depan, Copilot dalam Windows boleh dilancarkan dengan satu tekanan butang Copilot tersendiri. Dengan Copilot, pengguna boleh menggunakan kuasa AI untuk mengoptimumkan masa untuk bekerja, mencipta dan bermain dengan peranti tersebut. Kedua-dua AI PC juga datang dengan kamera web QHD 1440p dengan TNR yang menghasilkan video yang lebih berkualiti, berpasangan dengan ciri-ciri yang dibantu AI daripada Acer PurifiedView termasuk Background Blur, Automatic Framing dan Eye Contact. Kamera web ini dilengkapi dengan teknologi Acer PurifiedVoice 2.0 dengan pengurangan bunyi AI, yang berpasangan dengan tiga mikrofon untuk merakam suara yang jelas dan mengurangkan bunyi di latar belakang dan bunyi speaker. Dengan tambahan Intel Wi-Fi 7 membolehkan penyambungan internet dengan kecepatan 2.4x lebih cepat dari Wi- Fi 6E dan mengekalkan penyambungan laptop pada masa yang kritikal.

Kedua-dua laptop ini mempunyai rangka aluminium nipis dan ringan barisan Swift, yang boleh dibuka sehingga 180 darjah, supaya ia boleh dibaring rata untuk kemudahan kerjasama. Swift Go 14 dilengkapi pilihan untuk touchpad pelbagai kawalan bercahaya atas model-model tertentu yang membolehkan kawalan media langsung dan touchpad OceanGlass yang memastikan pengalaman menatal yang licin dan produktif. Kedua-dua touchpad juga datang dengan ruang scroll yang 44% lebih besar. Selain itu, model Swift Go tersebut dilengkapi Intel Unison 2.0 terbaru, yang membolehkan sambungan yang cepat dan senang di antara laptop dan peranti Android atau iOS para pengguna.

Seperti peranti yang sebelumnya, peranti-peranti Swift Go baharu mengandalkan paparan OLED yang terang dan jelas dengan kecerahan sehingga 500 nit, julat warna 100% DCI-P3, dan piawaian DisplayHDR True Black 500. Gambar yang dihasilkan atas paparan 3.2K 16 inci Swift Go 16 jelas dan terperinci dengan resolusi 3200 x 2000 dan kadar segar semula 120 Hz, sementara Swift Go 14 dilengkapi dengan paparan OLED 2.8K 14 inci dengan resolusi 2880 x 1800 dan refresh rate 90 Hz. Kedua-dua pilihan monitor dipiawaikan TÜV Rheinland Eyesafe® untuk mengurangkan kesan beban terhadap mata. Selain itu, terdapat pilihan untuk skrin sentuh WUXGA pen stylus, amat berguna untuk menganbil nota dan melukis.

Sebagai tambahan, barisan laptop Swift Go juga menyokong memori LPDDR5X 32GB dan storan boleh naik taraf SSD sehingga PCIe Gen 4 2TB dengan dua slot tambahan. Peranti-peranti tersebut juga datang dengan pilihan port terkini untuk penyambungan ke perkakasan dan paparan lain termasuk dua port USB Type-C dengan Thunderbolt™ 4 – kedua-duanya mempunyai kemampuan pengecasan pantas, satu port USB Type-A dengan pengecasan luar talian, HDMI 2.1 dan pembaca kad MicroSD. Laptop itu juga datang dengan Bluetooth LE Audio untuk audio tanpa wayar yang lebih baik.
Acer Swift X 14 – AI PC dengan Paparan Piawaian Calman untuk Pencipta dan Pelajar
Acer Swift X 14 (SFX14-72G) baharu mengembangkan tradisi dalam memperkasakan pelbagai pengguna dengan gabungan perkakasan yang berkuasa dan paparan yang menakjubkan, sekarang lengkap cip pemproses Intel Core Ultra, GPU laptop NVIDIA GeForce Siri RTX 40 dan paparan OLED 2.8K piawaian Calman terkini. Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core Ultra Siri H dan GPU laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070, laptop berkualiti tinggi ini membolehkan aliran kerja dibantu AI yang lebih cepat untuk strim langsung, suntingan video dan penghasilan 3D yang lebih berkualiti. Teknologi NVIDIA DLSS 3.5 membawa pembinaan semula berkuasa AI untuk kesan cahaya dan resolusi yang ditingkatkan dalam permainan dan aplikasi yang mementingkan grafik. Selain itu, Swift X 14 mendapat piawaian NVIDIA Studio, diperkasakan oleh pemacu pra-muat NVIDIA Studio, dan lengkap dengan Copilot menggunakan kuasa AI untuk bekerja bersama pengguna ketika menelusuri peranti dan pelbagai aplikasi.

Paparan OLED 2.8K 14.5 inci piawaian Calman memastikan ketepatan warna yang mengagumkan dengan Delta E<2 dalam animasi, gambar, dan video supaya golongan pencipta dan profesional boleh menghidupkan reka bentuk mereka dengan tepat. Warna yang terang bergabung dengan kejelasan yang cemerlang atas paparan OLED ini berkat kebolehan julat warna 100% DCI-P3, penilaian kontras yang tinggi, dan kecerahan sehingga 500 nit dengan piawaian VESA DisplayHDR TrueBlack 500. Paparan tersebut dilengkapi teknologi Acer Light Sensing, yang melaraskan warna dan kecerahan mengikut keadaan cahaya persekitaran. Refresh rate 120 Hz daripada monitor ini memastikan pengalaman hiburan dan tontonan dipertingkatkan.

Sebagai tambahan, Swift X 14 juga bersedia untuk produktiviti dalam menyelesaikan tugas-tugas kerja dan sekolah. Panggilan dengan peranti in lancar dan berkesan dengan gabungan kamera web FHD dengan Temporal Noise Reduction (TNR) yang dibantu AI, selain itu Acer PurifiedView dan PurifiedVoice 2.0 dengan teknologi pengurangan bunyi AI, dengan tiga mikrofon untuk merakam audio dengan lebih baik untuk visual dan audio yang lebih jelas. LAptop ini juga dilengkapi dengan dua port USB Type-C, satu port HDMI 2.1 dan pembaca kad MicroSD, termasuk Wi-Fi 6E dan Bluetooth LE Audio – mengekalkan fungsi dan penyambungan peranti ini manakala teknologi penyejukan yang caggih – kipas besar, dua saluran haba tembaga D6, dan salur masuk udara tersendiri melalui papan kekunci – membantu mengekalkan kesejukan laptop tersebut. Swift X 14 juga lengkap dengan memori sehingga LPDDR5X 32 GB dan storan SSD sehingga PCIe Gen 4 1TB.

Buat masa ini, tiada lagi harga rasmi barisan laptop Swift baharu ini untuk pasaran Malaysia. Jadi nantikan pengumuman rasmi daripada Acer Malaysia pada masa akan datang. Untuk mendapatkan segala liputan mengenai produk Acer daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post