Hari ini, Acer mengumumkan beberapa PC gaming Windows 11 baharu, termasuk komputer desktop Predator Orion 7000, yang dilengkapi dengan prestasi yang tinggi untuk meningkatkan pengalaman gaming, laptop gaming Nitro V 14 serba baru yang datang dengan casis putih mutiara, dan laptop gaming Nitro V 16 yang telah dinaik taraf.
Predator Orion 7000
Dikuasakan oleh cip pemproses generasi seterusnya dari Intel, Predator Orion 7000 (PO7-660) adalah sebuah peranti gaming yang menjanjikan prestasi yang tinggi dan sokongan AI yang akan memuaskan para gamer. Desktop yang teguh ini menawarkan GPU NVIDIA GeForce RTX 4090 tercanggih dengan DLSS yang dikuasakan oleh AI. Berserta PC Game Pass untuk tiga bulan, para pemain boleh menikmati ratusan game PC berkualiti tinggi.
Direka untuk sesi gaming yang sengit, Orion 7000 mengandungi sistem penyejukan yang canggih untuk mengekalkan prestasi terunggul. Ia dilengkapi sistem kipas Predator CycloneX 360 baharu dan penyejuk CPU cecair untuk menyejukkan komponen-komponen penting sambil meningkatkan prestasi.
Aplikasi Predator 4.0 membolehkan para gamer untuk overclock komponen dengan segera dan melaraskan lampu ARGB/RGB mengikut kesukaan. Sambungan yang cepat dirangsang oleh Thunderbolt 4 dan Wi-Fi 7, standard perangkaian terkini menyediakan kecepatan dari 40 hingga 46 Gbps. Dengan pilihan penyimpanan sehingga 4 TB HDD, SSD PCIe M.2 6 TB dan satu slot SSD tambahan, Predator Orion 7000 boleh menyimpan pelbagai game.
Acer Nitro V 14
Para gamer, pelajar, dan golongan profesional yang menginginkan laptop gaming bergaya dan mudah alih dan juga mengatasi tugasan produktiviti akan menghargai Nitro V 14 (ANV14-61) yang padat tetapi berkuasa.
Ukuran paparan 14.5 inci (16:10) ini sesuai untuk golongan yang sentiasa bergerak dan menyediakan ruang ukuran yang lebih besar dari panel 14 inci tradisional. Kedua-dua pilihan paparan, WQXGA (2560 x 1600) atau WUXGA (1920×1200), digabung dengan kadar segar semula 120 Hz, kadar masa tindak balas 3ms, dan sokongan untuk gamut warna 100% sRGB, menjadikannya rakan gaming dan kerja kreatif yang sesuai.
Para gamer juga akan menghargai kehadiran suis MUX (multiplexer), yang membenarkan mereka untuk membolehkan atau melumpuhkan iGPU untuk meningkatkan prestasi grafik ketika bermain game kegemaran.
Dikuasakan oleh AMD Ryzen 7 8845HS, GPU laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX 4050(194 AI TOPS), memori DDR5 sehingga 32 GB, dan SSD NVMe PCIe Gen4 sehingga 2 TB, Nitro V 14 sentiasa bersedia untuk sesi gaming yang sengit.
Prestasi peranti ini boleh dipantau di masa nyata dengan aplikasi NitroSense, yang juga bertindak sebagai pusat pengawalan sistem dan kumpulan kelengkapan AI dalam peranti untuk peningkatan.
Acer Nitro V 16
Nitro V 16 (ANV16-71) terbaru sesuai untuk pelbagai aplikasi tugasan produktiviti dan multimedia berkat pilihan paparan yang beresolusi tinggi, komponen yang berkuasa dan sistem penyejukan yang mengekalkan suhu dan operasi lancar laptop ini.
Menyediakan paparan WQXGA (2500 x 1600) 16 inci (16:10) 180Hz yang lengkap dengan kualiti gambar yang unggul dan kepadatan piksel yang tinggi, ia adalah pilihan yang sesuai untuk penyuntingan foto, tugasan penyesuaian warna, gaming dan kandungan pantas yang lain-lain. Ia juga datang dengan suis MUX untuk merangsang prestasi GPU.
Boleh di pasang dengan pemproses Intel Core i7-14650HX, GPU laptop sehingga NVIDIA GeForce RTX 4060, memori sehingga 32GB, dan SSD NVMe PCIe Gen4 sehingga 2 TB, peranti ini cukup berkuasa untuk mengatasi aplikasi dan game terkini dengan senang.
Sistem dwi kipas empat lubang kemasukan dan empat lubang pengeluaran udara menarik udara sejuk dari atas papan kekunci dan penutup butang dan melepaskan haba melalui lubang di samping dan belakang, menghapuskan pendikitan dan memastikan prestasi unggul CPU dan GPU.
@gamersantaimy
Discussion about this post