Acer hari ini mengumumkan kemasukannya dalam pasaran ‘handheld gaming’ dengan pelancaran Acer Nitro Blaze 7 (GN771), yang menggabung teknologi canggih dan reka bentuk padat untuk sentiasa menyediakan game dan hiburan generasi seterusnya.
Reka bentuknya membolehkan para pengguna untuk memuatkan peranti ini ke dalam beg untuk sesi gaming segera semasa di dalam perjalanan. Ia dilengkapi dengan paparan IPS Full HD (FHD) 7″ dengan antara muka sesentuh, dengan tambahan teknologi AMD FreeSync Premium, kadar segar semula secepat 144 Hz.
Dilengkapi cip pemproses AMD Ryzen 7 8840HS dengan prestasi 39 AI TOPS dan teknologi Ryzen AI, pengguna boleh menjangkakan kecekapan yang tinggi dan sokongan untuk keupayaan yang dikuasakan oleh AI di dalam peranti. Ia mengandalkan grafik AMD Radeon 780M, dan Radeon Super Resolution dalam panel untuk peningkatan resolusi dalam masa nyata dan pengalaman bebas gagap.
Paparan sesentuh IPS FHD (1920×1080) 7″ juga memastikan pelbagai tugasan yang lancar dan ruangan simpanan yang luas untuk pelbagai game, media, dan fail-fail. Ia menyediakan ruang simpanan SSD M.2 NVME PCIe sehingga 2 TB dan memori LPDDR5x 16GB di 7500 MT/s untuk kadar peralihan dan jalur lebar lebih tinggi.
Para pengguna boleh menelusuri koleksi game di peranti Windows 11 ini dengan senang berkat ciri-ciri Acer Game Space baharu. Para gamer boleh membuka ruang ini dengan cepat dan boleh mengisinya dengan game kegemaran mereka. Ia juga sesuai dengan platform game arus perdana dan datang dengan PC Game Pass selama 3 bulan untuk akses kepada ratusan game PC berkualiti tinggi.
Selain itu, hotkey membawa para pemain ke dalam koleksi game mereka dengan segera, dan joystick Nitro Blaze dan butang arah menjadikan pengembaraan permainan lebih senang.
Untuk sambungan, peranti handheld gaming Nitro menyokong Wi-Fi 6E dan menggabung pelbagai palam untuk pemasangan peranti dan persisian termasuk USB4 (Type C) dengan cas pantas, dan pembaca kad MicroSD untuk mengebangkan muatan penyimpanan.
@gamersantaimy
Discussion about this post