Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Acer Kenalkan Monitor Gaming Predator XB273U F5, Dilengkapi Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2024
in Artikel, Berita, Monitor, Teknologi
0 0
0
Acer Kenalkan Monitor Gaming Predator XB273U F5, Dilengkapi Teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar!
Share on FacebookShare on Twitter

Acer hari ini mengumumkan pengembangan barisan monitor gaming Predator dengan dua model 27 inci baharu termasuk Predator XB273U F5, yang akan menyediakan kecepatan yang tinggi dan visual yang menawan untuk menikmati game terkini dengan sepenuhnya.

Predator XB273U F5

Kredit: Acer

Dilengkapi dengan resolusi WQHD (2560×1440) dan kadar segar semula secepat 360 Hz menjadikan Predator XB273U F5 ini sebuah peranti gaming yang hebat.

Ia lengkap dengan teknologi NVIDIA G-SYNC Pulsar baharu yang menyediakan 4x kejelasan dalam pergerakan bersama dengan kadar segar semula gaming yang lancar dan bebas dari koyakan.

Menyokong 90% daripada gamut warna DCI-P3, HDR, dan kecerahan tertinggi 550 nit, ia menyediakan warna yang seakan hidup dan gambar tepat yang meningkatkan pengalaman tontonan.

Predator XB273K V5

Kredit: Acer

Dengan resolusi sejelas 4K (3840×2160), kadar segar semula 160 Hz yang lancar, dan sokongan untuk teknologi AMD FreeSync Premium, Predator XB273K V5 menyediakan pengalaman gaming yang sempurna.

Para gamer juga boleh memilih kadar segar semula yang lebih tinggi dengan resolusi FHD di 320 Hz berdasarkan keperluan permainan dan tugasan semasa berkat teknologi DFR.

Dengan kecerahan sehingga 400 nit dan piawaian VESA DisplayHDR™ 400, gambar-gambar ditayangkan dengan terang. Gamut warna 95% DCI-P3 menyokong sehingga 1.07 bilion warna untuk menyediakan gambaran yang seakan hidup.

Pengalaman Tontonan yang Mengasyikkan

Kadar masa tindak balas yang tangkas sehingga 0.5ms (GTG) mengurangkan kabur gerakan dan memastikan objek yang bergerak tampil dengan jelas, menyediakan keunggulan dalam pertarungan yang sengit dan keasyikan para gamer dalam dunia maya kegemaran mereka.

Kedua-dua model terbaru ini juga dilengkapi panel IPS premium yang membolehkan sudut pandangan selebar 178 darjah untuk memastikan ketekalan kualiti gambar dari pelbagai kedudukan.

Untuk meningkatkan keselesaan, paparan-paparan Predator ini menawarkan penyesuaian ergonomik yang menyeluruh dengan pilihan senget, pusing, putar, dan tinggi.

Tags: monitorpredator
ShareTweetSend
Previous Post

Acer Mengumumkan PC Gaming Baharu, Termasuk Desktop Predator Orion 7000 & Laptop Nitro V

Next Post

Monitor Baharu Nitro Cukup “UltraSpeed”, Refresh Rate Hingga 600 Hz!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!
Temuramah

Di Sebalik Tabir ACE COMBAT 8 – Pesawat Lebih Realistik, Awan Penentu Strategi & Fizik Letupan Baharu!

June 4, 2026
Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!
Preview

Previu ACE COMBAT 8: WINGS OF THEVE – Perang Udara yang Jauh Lebih Realistik!

June 4, 2026
The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Next Post
Monitor Baharu Nitro Cukup “UltraSpeed”, Refresh Rate Hingga 600 Hz!

Monitor Baharu Nitro Cukup “UltraSpeed”, Refresh Rate Hingga 600 Hz!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd